August 10th, 2020

Sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zamzarina Mohamed di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur hari ini, pelakon dan pengarah Opie Zami melafazkan cerai terhadap Zamzarina, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial.

"Saya Gagal Membentuknya Menjadi Isteri Mithali" - Opie Zami Sah Bercerai Talak Satu

Kredit – BH Online

Menurutnya, beliau reda dan memenuhi permintaan bekas isterinya itu yang mahu menuntut cerai.

“Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali.”

Mengakui isterinya seorang yang baik, bagaimanapun, punca penceraian terlalu peribadi untuk dirinya berkongsi kepada umum.

"Saya Gagal Membentuknya Menjadi Isteri Mithali" - Opie Zami Sah Bercerai Talak Satu

Kredit – BH Online

Selepas mendengar lafaz cerai itu, Ahmad Mahir memerintahkan Zamzarina untuk melalui proses tempoh edah selama tiga bulan.

Zamzarina diwakili peguam syarie, Azmanira Ismail @Zanudin, manakala Opie tidak diwakili peguam.

“Kemelut rumah tangga kami sebenarnya sudah bermasalah sejak 10 tahun yang lalu. Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah.”

Ujar Opie, sebelum ini juga beliau telah beberapa kali hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kemelut yang melanda.

"Saya Gagal Membentuknya Menjadi Isteri Mithali" - Opie Zami Sah Bercerai Talak Satu

Kredit – Harian Metro

“Sebenarnya sudah tiga kali saya turun naik mahkamah. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah.”

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Shah Saidi, Aliff Shah Syedi, dan Arrif Shah Saidi.

Sumber: BH Online, Harian Metro