January 29th, 2013

Agak menarik luahan hati yang Abang Nara ingin kongsikan kali ini. Selalunya kalau seseorang itu meluahkan perasaan, ia ditujukan kepada individu. Namun kali ini, luahan ini ditujukan buat majalah Hijabista. Memang lain daripada yang lain.

hijabista

Buat anda yang tidak tahu, majalah Hijabista memaparkan trend-trend dan cara pemakaian tudung yang terkini. Isi kandungannya lebih kepada fesyen bertudung. Agak menarik untuk bacaan terutamanya untuk mereka yang ingin mencari kelainan dalam menggayakan tudung. Ikuti luahan yang Abang Nara terima di bawah:-

Dear Hijabista ( @hijabistamag) , Hijabister

I am writing to express my concern over the portrayal of ‘hijab’ women in
your magazine. I believe in the concept of modesty accompanying the
muslimah attire (the hijab included) is a fundamental core one must
embrace. The Hijab is not a replacement of the ‘hair’ we cover. The hijab
isn’t just a cloth or layers of cloth on your head. It comes with a
package. Of intellect, manners and adab. It is a symbol of the believing
women, her ‘modesty’- A sign of dignity and pride. Your magazine bears no
sign of ‘modesty’ and I say this clearly, this is definitely very WRONG!

Portraying hijab women and “doll-ing” them up like models in Vogue but then
only to cover her hair is an absolute disgrace and mockery to us the
believing women. What more the women and cover girls who allow themselves to
be exploited as an object and fool themselves into thinking they are on
their ‘Deen’ and pleasing Allah by just covering their hair… How can you
even think you are pleasing Allah with all that make up, ridiculous styles
whilst purposely showing off your beauty and body.

Your magazine just as the likes of vogue and cosmopolitan has NO
intellectual nor spiritual dimensions to it except to brainwash and create
an unnecessary desire to the ‘hijabisters’ to own more and more stuff. In
reality, a real, true believing women DOES not need to display her
adornments to entice others. The believing woman has self confidence that
what is INSIDE her heart and MIND will indeed be of much more value than
all the silly bangles, sunglasses, shoes and handbags you bombard the
pages of your magazine with.

Your magazine corrupts young, sincere minds into foolishly thinking that
they are more beautiful with more shoes, accessories or ridiculous tudung
styles they do not need.

The best garments as the Quran states is Taqwa. And tell me where, in which
page of your magazine do you propagate this message? None, not one I’m
afraid. It is clearly a consumer driven magazine casting a spell with
women, where one will then start to wish on owning and buying or to ‘copy’
the ‘Photoshop-ed’ girls you portray.

I am afraid you are only destroying the hijab sisters filling their minds
with superficial beauty. Please take a sincere step back and help many lost
sisters out there to care more about diseases of their hearts instead of
merely emphasizing a message of “what is important is how you look and tie
your tudung’

Sincerely,
A worried Muslimah

hijabista

Ada benarnya juga kata-kata yang ditulis oleh “A worried Muslimah” ini. Namun setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Abang Nara tak berani bagi pendapat kerana tak pernah membeli majalah Hijabista. Sekadar membeleknya di kedai buku sahaja. Apa pula kata anda?

January 4th, 2013

Salah seorang selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijrah memakai tudung pada tahun 2012 ialah Nurul Syuhada Nurul Ain. Tahun 2012 juga menyaksikan Nurul Syuhada berhenti daripada tugasnya di TV3 untuk memfokuskan kepada pembelajaran.

nurul syuhada

Tahun 2013 dibuka dengan wajah cantiknya menghiasi muka depan majalah Hijabista. Abang Nara suka sangat-sangat cover ini. Memang awesome. Kepada Nurul Syuhada, semoga impian dan azam anda pada tahun 2013 akan tercapai.

P.S: Jersi rasmi pasukan bola sepak Kelantan untuk tahun 2013.

September 19th, 2012

Setelah penghijrahan ke arah imej bertudung oleh Nurul Syuhada Nurul Ain, jarang dilihat penampilannya menghiasi suratkhabar atau majalah dengan imej tersebut. Baru-baru ini suratkhabar Kosmo berjaya mendapatkan Nurul Syuhada untuk tampil bergaya menghiasi ruangan hiburan HabHib. Memang anggun sungguh!

nurul syuhada

Cantik kan? Di mata Abang Nara, memang Nurul Syuhada semakin cantik selepas bertudung. Semoga dengan penghijrahan selebriti popular ini, ramai peminatnya akan turut mengambil jejak langkah yang serupa. 2 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Abang Nara telah membeli 6 buah buku hasil karya Ramlee Awang Murshid menggunakan MPHOnline. Order hari Khamis malam, pagi Sabtu dah dapat. Memang pantas sungguh. Free delivery pulak tue. Yang paling best, buku-buku yang Abang Nara beli ada diskaun sehingga 30% sempena Hari Malaysia. Korang pun cubalah membeli beli di laman web MPHOnline sebelum promosi tamat pada 30 September 2012. Dan jangan lupa 20 orang akan dipilih oleh Abang Nara untuk memenangi 2 buah novel PERCUMA dengan memberi komen di entri sebelum ini mengenai novel terbaik yang pernah anda baca.

nurul syuhada

nurul syuhada

September 7th, 2012

Berita pengacara kesayangan ramai, Nurul Syuhada Nurul Ain meletak jawatan tersebar dengan pantasnya bermula semalam. Ramai yang membuat spekulasi perletakan jawatan ini adalah kerana penghijrahannya dan isu daif Bintulu. Ternyata spekulasi tersebut adalah tidak benar sama sekali.

nurul syuhada letak jawatan

Menurut Nurul Syuhada, dia telah menghantarkan surat meletak jawatan sehari sebelum dia tampil dengan imej bertudung. Ini bermakna isu terlepas cakap “daif Bintulu” juga tidak menjadi faktor kepada perletakan jawatannya. Kata Nurul:-

Surat perletakan jawatan telah saya serahkan sehari sebelum saya berhijrah kepada imej sekarang. Saya harap jawapan ini cukup jelas untik menjawab isu mengenai pengunduran saya bahawasanya ia bukan disebabkan kerana saya sudah berhijab dan ianya juga langsung tidak ada kena-mengena isu yang lagi satu itu. Saya sudah memohon maaf secara terbuka di Facebook dan secara langsung di TV3 mengenai dakwaan mengatakan saya telah memperlekehkan sebuah bandar di Sarawak kerana merujuknya sebagai tempat yang daif sewaktu siaran langsung itu disiarkan pada 31 Ogos lepas. Diharapkan orang ramai jelas dan jangan tersalah tafsir dengan apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Kesemua ini saya anggap sebagai satu kebetulan saja iaitu perletakan jawatan, penghijrahan dan isu siaran langsung yang melibatkan saya itu. Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

nurul

Punca sebenar Nurul Syuhada berhenti kerja adalah untuk menumpukan perhatian kepada keluarga sambil berusaha mendapatkan sarjana dalam bidang tamadun Islam atau psikologi. Kata Nurul:-

Ini adalah keputusan yang saya buat setelah memikirkan tanggungjawab kini bukan hanya pada karier semata-mata tetapi juga keluarga. Semenjak bergelar personaliti televisyen, saya belum pernah berehat panjang dan kini saya mahu menumpukan kepada keluarga dan akan menyambung pengajian dalam bidang sarjana tidak lama lagi, InsyaAllah. Dahulu saya pernah sambung belajar sambil bertugas sebagai pengacara tetapi ia tidak dapat diteruskan atas faktor kekangan masa. Jadi selepas ini saya akan meneruskan hasrat untuk memiliki sarjana, mungkin dalam bidang psikologi atau tamadun Islam

Apa pun, good luck and all the best kepada Nurul Syuhada dalam usaha mengejar cita-citanya selepas ini. Semoga turut dimurahkan rezeki untuk dikurniakan cahaya mata selepas ini. Pasti ramai yang akan merindui kelibat comel Nurul Syuhada selepas ini. Sekali-sekala, buatlah kemunculan istimewa untuk mengubat kerinduan peminat anda. Kredit info portal Murai.

P.S: Kemegahan bangunan Abraj al-Bait.