December 24th, 2014

Geramnya la eh tengok si kembar Nurul Syuhada Nurul Ain ini. Kalau korang tak tahu, anak Nurul ini seorang lelaki seorang perempuan. Yang lelaki namanya Raja Abdul Mateen manakala si baby girl pula dinamakan Raja Nour Emaan. Kalau anak seorang pun dah rasa habis comel, pastinya Nurul Syuhada dan suami tersenyum sentiasa melihat keletah comel anak kembar mereka.

anak nurul syuhada

Semoga si kembar ini membesar dengan sihat dan menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa apabila dewasa kelak. Abang Nara nak berusaha anak kembar jugaklah tahun depan. Doa-doakanlah. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

anak nurul syuhada
anak nurul syuhada
anak nurul syuhada
anak nurul syuhada

December 1st, 2014

Murah rezeki sungguh pasangan suami isteri Nurul Syuhada Nurul Ain dan Raja Amir ini. Buat anda yang tidak tahu, mereka telah dikurniakan sepasang caya mata kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan pada bulan September yang lalu. Abang Nara pernah berkongsi gambar comel kedua-dua permata hati Nurul dan suaminya ini dahulu. Kali ini menerusi akaun Instagramnya, Nurul Syuhada telah memaklumkan nama yang telah dipilih untuk kembarnya ini.

nama anak nurul syuhada nurul ain

Hehehe. Comel kan? Si baby boy telah diberi nama Raja Abdul Mateen manakala si baby girl pula dinamakan Raja Nour Emaan. Cantik kedua-dua nama yang dipilih. Semoga Mateen dan Emaan membesar dengan sihat dan sempurna sehingga dewasa kelak. Sama-samalah kita doakan.

nama anak nurul syuhada nurul ainP.S: Best Buy World Malaysia adalah ‘one stop centre’ untuk anda mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Kepopularitian Best Buy World telah dinikmati dan dirasai di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Antara jenama popular yang ada untuk anda ialah SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.

 

October 23rd, 2014

Nasib baik Abang Nara bangun awal dan buka TV3 hari ini. Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini, akhirnya wajah sepasang anak Nurul Syuhada Nurul Ain telah didedahkan kepada orang ramai. Comel sangat-sangat. Untuk makluman, Nurul Syuhada telah dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan pada hujung bulan September yang lalu. Seorang dilahirkan secara normal manakala seorang lagi secara pembedahan.

nurul syuhada nurul ain

Maaf kerana kualiti gambar agak kurang memberangsangkan. Ini semua salah TV3 sebab tak buat saluran HD. Hehehe. Seronok plak tengok Nurul Syuhada dapat anak kembar. Mesti tak menang tangan nak menjaga. Seorang bangun, seorang tidur. Seorang nak susu, seorang nak didukung. Hehehe. Abang Nara dapat bayangkan keseronokan dan keterujaan menjaga kembar.

nurul syuhada nurul ain

Nurul Syuhada akan bercuti selama 3,4 bulan untuk menjaga anak kembarnya ini. Semoga si comel 2 orang ini akan membesar dengan sihat sejahtera. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Jom semua shopping shawl yang cantik ni dengan harga RM15 sahaja! Banyak lagi jenis shawl terbaru dan cantik2 kat sini, yang penting harga sangat2 murah!

Boleh click: facebook.com/Gudangmy
Call/sms/Whatsapp: +6019-3618718

 photo Gudangmy_zps276203b3.jpg

nurul syuhada nurul ain
nurul syuhada nurul ain
nurul syuhada nurul ain
nurul syuhada nurul ain
nurul syuhada nurul ain

September 22nd, 2014

Menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 hari ini, pengacara jelita Nurul Syuhada Nurul Ain telah menyampaikan berita gembira mengenai kelahiran anak kembarnya. Untuk informasi, Nurul telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi, manakala seorang lagi melalui pembedahan.

nurul syuhada nurul ain

Nurul Syuhada Nurul Ain telah berkahwin dengan Raja Amir pada bulan Julai 2011. Menerusi panggilan telefon kepada MHI, Nurul Syuhada telah berkata:-

Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya.

nurul syuhada

Tahniah diucapkan buat Nurul Syuhada dan Raja Amir atas kelahiran anak kembar mereka. Alhamdulillah murah rezeki terus dapat sepasang anak. Semoga sihat dan membesar menjadi anak yang soleh serta solehah. Sama-samalah kita doakan. Info Myartis.