Written by Bella | January 4th, 2017

Dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini, Adi Putra ada memberitahu beliau agak terkejut  dengan tindakan isteri keduanya, Norshahida yang mengeluarkan kenyataan mengenai rumah tangga mereka. Buat Adi, apa yang dilakukan oleh Norshahida membelakangi dirinya kerana ia diluar pengetahuan Adi.

Norshahida menjelaskan banyak perkara mengenai rumah tangganya bersama Adi termasuk isu beliau keguguran. Ia menjadi topik hangat di dada akhbar dan media sosial. Pelbagai spekulasi juga tercetus selepas Norshahida buka mulut.

Terbaru, Adi menerusi akaun Instagramnya memberitahu beliau bakal menjelaskan kontroversi rumah tangganya satu persatu dan pada masa yang sama mengucapkan terima kasih atas keperihatinan pihak media terhadap dirinya.

Salam dan terima kasih atas keprihatinan pihak media. InsyaAllah saya akan jelas satu persatu. #bismillahirahmanirahim.

Sebelum ini, Norshahida memberitahu Adi adalah seorang suami yang baik dan hubungan beliau dengan madunya, Aida Yusof tidaklah tegang seperti yang disangkakan sesetengah pihak. Norshahida juga menepis dakwaan kononnya Adi berkahwin dengan beliau kerana soal zuriat.

Written by Bella | January 2nd, 2017

Walaupun isteri kedua Adi Putra, Norshahida tampil memberikan penjelasan mengenai tuduhan rumah tangganya sedang bergolak dan mengenai kegugurannya, masih ada juga yang tidak berpuas hati dan mencetuskan spekulasi.

Ada yang beranggapan perkahwinan Norshahida dan Adi semata-mata kerana Adi inginkan zuriat. Namun, perkara itu sekerasnya dinafikan oleh Norshahida. Menurut beliau, Adi tidak pernah membangkitkan isu berkenaan.

Saya kenal Adi, malah sepanjang enam bukan menjadi isterinya, isu zuriat tidak pernah timbul. Kami juga tidak pernah berbincang mengenainya. Bagi kami, jika ada rezeki, kami terima. Adi sentiasa beri semangat kepada saya.

Norshahida dalam pada itu sempat berkongsi saat Adi melamar beliau untuk menjadi isteri. Menurut Norshahida, perkahwinan mereka berlangsung pada 20 Jun lalu di kediaman beliau yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Ketika menunaikan umrah di Makkah, Adi ada melakukan solat istikharah. Ketika di Madinah, Adi menghubungi ibu saya untuk menyatakan hasrat untuk melamar. Sejak mula berkenalan, saya sudah sudah memperkenalkan Adi kepada ibu, malah dia turut meminta keizinan ibu untuk berkawan.

Ketika Adi mahu berangkat ke Makkah, saya turut menghantarnya di KLIA. Ketika itu Adi memaklumkan hasratnya untuk menikahi saya pada 20 Jun lalu. Saya terdiam dan kebingungan. Pernikahan kami berlangsung di kediaman saya di Nilai, Negeri Sembilan.

Saat ini janganlah kita mencetuskan sebarang tuduhan ataupun cerita tidak benar mengenai rumah tangga mereka. Kan lebih baik untuk mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan rumah tangga Norshahida dan Adi Putra. Apa yang sudah berlaku sudah ditentukan oleh takdir dan jodoh. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Berita Harian