April 13th, 2017

Umum mengetahui pelakon Adi Putra sudah tiada kaitan lagi dengan dua orang isterinya, Aida Yusof dan Norshahida. Sehingga hari ini, Adi masih berkunci mulut mengenai punca beliau mengambil tindakan yang agak drastik dan mengejutkan ramai pihal.

Hari ini, Adi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah foto di akaun Instagramnya yang menunjukkan mesej Norshahida kepadanya. Didalam mesej tersebut, Norshahida mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu yang akhirnya menunjukkan perangainya yang sebenar.

Norshahida juga memberitahu rasa cintanya sudah tiada dan hanya ada kebencian di dalam hatinya kini terhadap Adi.

Mungkin menyedari isu ini sudah hangat, Adi telah memadam  foto berkenaan. Buat kami, Adi cubalah menyelesaikan setiap masalah bersama isteri-isterinya dengan baik. Janganlah api berlawan dengan api kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

Sumber Berita : Media Hiburan

March 31st, 2017

Umum mengetahui Adi Putra menyatakan beliau sudah tidak ada kena mengena dengan kedua-dua isterinya lagi. Kenyataan itu dibuat susulan berita dimana Adi dikatakan sudah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya Aida Yusof pada  3 Mac lepas.

Sepatutnya hari ini merupakan sebutan kali kedua bagi permohonan cerai terhadap isteri pertamanya. Namun, Adi gagal untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi.

Berikutan kegagalan itu, sebutan kes tersebut ditangguhkan kepada satu tarikh baru yang akan ditetapkan kemudian. Mengikut sumber mahkamah, kes Adi sepatutnya disebut di depan Hakim bertugas, Tuan Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi.

Tarikh bagi kes yang sama akan ditetapkan pihak Hakim pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan antara pihak mahkamah dan Adi kelak. Sebelum ini sebutan pertama kes perceraian Plaintiff ditangguhkan sekitar Mac lalu.

Sumber Berita : Astro Gempak

March 23rd, 2017

Selepas isu tentang penceraian beliau bersama isteri pertama Aida Yusof menjadi perhatian sejak daripada minggu lepas lagi, kini pelakon Adi Putra menerusi akaun Instagramnya telah mengumumkan sesuatu yang agak megejutkan kami dan peminatnya.

Menurut kapsyen yang dimuat naik oleh Adi, beliau memberitahu sudah tidak bersama bukan sahaja bersama Aida tetapi isteri keduanya, Norshahida. Adi bagaimanapun enggan mengulas lagi sebarang pertanyaan pihak media dan berharap tiada juga pihak yang mengganggu Aida serta Norshahida. Adakah ini bermakna Adi telah menceraikan kedua-dua isterinya? Daripada apa yang ditulis, itulah kesimpulan yang dapat dilakukan.

Adi dan Aida mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 tetapi mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Pasangan ini akhirnya membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun. Adi kemudian berkahwin dengan , Norshahida Dzolkifly yang merupakan janda anak satu pada 20 Jun 2016. Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan. Kedua-dua mahligai perkahwinan yang dibina oleh Adi akhirnya roboh jua. Sama-sama kita doakan yang terbaik.