May 18th, 2015

Walaupun kisah beliau bersama Abby Abadi sudah lama berlalu, nama Muhammad Noor Farhan Che Bakar masih lagi menjadi bualan ramai apabila ada yang mendakwa beliau sering mendampingi ibu tunggal untuk kepentingan dirinya sendiri.

Didakwa sebagai seorang yang mata duitan dan pengikis, Farhan mengakui merasa terkilan dengan tuduhan tersebut apabila beliau bernikah dengan seorang ibu tunggal beranak dua pada 15 Mei lalu. Buat beliau segala dakwaan yang diterima olehnya tidak berasas kerana isterinya itu bukan seorang wanita yang berada. Mereka berkahwin atas dasar cinta dan bukan wang ringgit.

Saya tidak tahu kenapa ada orang cakap begitu dan terkilan juga apabila mendengarnya kerana saya bukan seorang kaki kikis dan mata duitan seperti diperkatakan. Jika benar saya seorang mata duitan buat apa saya berkahwin dengan Noriah dan lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri.

Buat Farhan status sebagai seorang janda tidak membawa apa-apa perbezaan buat beliau untuk menyayangi isterinya itu dengan sepenuh hati. Farhan juga pada masa yang sama menjelaskan beliau sedar akan tanggungjawab sebagai seorang suami dan sebenarnya mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarganya nanti.

Ini dinamakan ketentuan dan jodoh kami. Sebagai manusia biasa saya menerima kehadiran Noriah dengan hati terbuka meskipun statusnya seorang ibu tunggal dan bukan kerana hartanya.

Saya bukannya menggangur dan ada melakukan perniagaan secara kecil-kecilan selain terlibat sebagai model dan sedang cuba menceburi bidang lakonan. Insya-Allah saya tahu tanggungjawab sebagai suami dan akan cuba melunaskannya sebaik mungkin.

Perkara yang lepas biarkan ia berlalu. Kita lihat sahaja bagaimana Farhan menjalankan tugas sebagai seorang suami kali ini, doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita: mStar Online

Advertisement
May 16th, 2015

Di samping Lana Nodin dan Daud Mckienzie, bekas suami Abby Abadi yang kini merupakan artis di bawah agensi bakat Jamal Tommy iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar telah melangsungkan pernikahan dengan seorang penjawat awam, Noriah Mat Isa pagi tadi.


 photo 11245260_1057867614242044_1590910939_n.jpg
Noriah ialah seorang ibu tunggal dua anak. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Bersama kita doakan perkahwinan Farhan kali ini berkekalan hingga ke Jannah.

Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Festival Tari Malaysia bakal berlangsung pada 4-6 Jun 2015 di Auditorium Bandaraya DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 14 May 2015


 photo 11259772_10205417526450783_1744098955_o.jpg
 photo 11271961_1057867634242042_1640158444_n.jpg
 photo 11275591_1057867594242046_1642320598_n.jpg
 photo 11263848_1057867700908702_419695606_n.jpg
 photo 11267285_1057867657575373_1708362322_n.jpg
 photo 11261056_1057867640908708_534444176_n.jpg
 photo 11245328_1057867607575378_312543015_n.jpg
 photo 11245462_1057867570908715_1596120462_n.jpg
 photo 11280322_1057867584242047_1039873786_n.jpg
 photo 11287169_1057867674242038_1126641985_n.jpg
 photo 11275749_1057867687575370_1019708989_n.jpg

Advertisement
April 29th, 2015

Agak terkejut rasanya ketika kami melihat foto mesra bekas suami Abby Abadi, Noor Farhan Che Bakar bersama seorang gadis bertudung. Menurut beberapa sumber wanita yang itu dikenali dengan nama Noriah Mat Isa adalah tunang beliau.

Farhan telah mengikat tali pertunangan bersama Noriah yang bekerja sebagai kakitangan Jabatan Kastam tanggal 21 Mac lepas. Noriah merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak.

Jejaka tersebut pernah mencetuskan kontroversi apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Abby meskipun perkenalan mereka cukup singkat. Farhan sekali lagi mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi ketika ingin bercerai dengan Abby dimana beliau mendakwa bekas penyanyi kumpulan Elite itu mengamuk sehingga mendatangkan kecederaan kepada dirinya.

Jika benar mereka sudah bertunang, doakan sahaja mereka berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kisah dengan Abby Abadi dahulu biarkan ia berlalu tidak perlu dikenang lagi.

 

 

 

Advertisement