November 8th, 2016

Nora Danish sebelum ini beberapa kali pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau bakal menamatkan zaman jandanya pada tahun 2017. Namun, sehingga hari ini tiada perkembangan lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Tiba-tiba Nora sekali lagi dikatakan telah berkahwin dengan Nedim Nazri di luar negara tetapi perkahwinan mereka itu dirahsiakan atas beberapa sebab  tertentu.

Oh, tidak! Ia langsung tidak benar sama sekali. Bagi saya perkahwinan adalah perkara yang baik. Jadi, saya tidak lihat kenapa perlu untuk disorokkan berita itu andainya benar saya sudah jadi isteri orang semula. Tolonglah jangan percaya.

Sekarang kan kita boleh periksa status seseorang itu di pejabat agama. Pergi saja ke bahagian pendaftaran perkahwinan, periksa di situ. Jangan risaulah. Jika perkara ini betul, saya sendiri akan kongsi juga dengan semua orang. Benda baik, kita takkan sorok pun.

Berbicara mengenai perancangan perkahwinannya, Nora akui beliau memang akan berkahwin pada tahun ini tetapi belum lagi bersedia untuk berkongsi tarikh sebenar majlis raja seharinya itu.

Sudah saya katakan sebelum ini, benda itu akan berlaku bukan tahun ini. Bila saya akan berkahwin? Maaflah, saya sendiri tidak boleh kongsi. Kita tunggu sahaja nanti, tidak berani saya mahu berkata apa-apa lagi buat masa ini. Bagi saya dalam keadaan sekarang, di mana sahaja lokasi pernikahan tidak penting asalkan sah sahaja, itu sudah cukup.

Baiklah kita tunggu sahaja perkembangan lanjut mengenai perkahwinan Nora pada tahun ini. Bak kata orang tua-tua, benda baik tidak perlu ditangguh juga bukan? Kalau sudah mampu daripada setiap aspek, lebih afdal untuk  bernikah. Betul tak?

Sumber Berita : Utusan Online

April 18th, 2016

Bila Nora Danish mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini, ramai yang ingin tahu apakah perkara yang membuatkan wanita itu bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagi seorang isteri selepas beberapa tahun bergelar janda.

Nora memberitahu, kesungguhan Nedim yang ingin berkahwin dengan beliau telah membuka pintu hatinya untuk menerima kekasihnya itu sebagai suami.

Apabila Nedim sendiri bersungguh-sungguh dan mahu kami bernikah dalam tahun ini, membuatkan saya berfikir kembali, apa lagi yang saya mahu tunggu atau cari?

Hendak fikir pengalaman lalu membuatkan saya takut untuk bernikah lagi? Tidakkah kehidupan manusia itu ada pasang surutnya.

Bertahun menyulam cinta, pernah putus seketika dan sambung semula percintaan beliau bersama Nedim, Nora yakin bahawa mereka berdua sebenarnya cukup serasi bersama. Nedim juga sering bersependapat dengan Nora dalam sesuatu perkara.

Berbicara mengenai persiapan perkahwinan beliau seperti jumlah hantaran, Nora bagaimanapun menyatakan ia cuma adat semata-mata dan mahu mementingkan perkara yang wajib sahaja.

Daripada berhabis untuk hantaran dan belanja kahwin tinggi, ada baiknya wang itu disimpan dan digunakan apabila kami melayari hidup berumah tangga nanti. Apabila bernikah dan membina hidup bersama, sudah tentu wang banyak yang perlu dibelanjakan dalam jangka masa panjang. Ada baiknya duit yang ada itu kami laburkan.

Tambah pula selepas berkahwin, pastinya saya dan Nedim mahu menimang cahaya mata lagi. Membesarkan anak-anak zaman sekarang belanjanya agak tinggi. Pada waktu sama, wang yang ada boleh kami gunakan untuk memulakan perniagaan bersama.

Mesti ramai pelik, kahwin anak menteri takkanlah tiada hantaran pula? Apapun keputusan yang dibuat oleh Nora tentu beliau sudah tahu yang terbaik buat dirinya, yang penting adalah akad nikah. Semoga segala persiapan perkahwinan Nora dan Nedim berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

April 12th, 2016

Berita Nora Danish yang mengakui bakal berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun ini menjadi topik panas yang dibualkan ramai. Iyalah, lepas bertahun bercinta serta sentiasa berdua, akhirnya mereka akan bersatu sebagai suami isteri.

Pasti ada yang terfikir, mesti perkahwinan Nora dan Nedim akan berlangsung dengan gah bukan? Lebih-lebih lagi Nedim adalah anak kepada seorang menteri.

Namun, Nora dalam kenyataan terbaru beliau berkata, beliau mahu majlis raja sehari beliau kali ini berlangsung secara sederhana sahaja.

Memang nampak seperti akan berkahwin tahun ini, tetapi saya belum ada perancangan sebenarnya. Bukan apa, kalau mahu buat majlis pun tidak akan buat secara besar-besaran.

Jadi, majlis begini tidak akan mengambil masa untuk dirancang. Jangan risau, sudah saya aturkan dengan baik. Jika ada rezeki ke arah itu saya akan kongsikan dengan semua nanti.

Lapan tahun bergelar ibu tunggal, Nora tidak menafikan bahawa beliau agak selesa hidup sendirian. Walaubagaimanapun, beliau sedar seorang wanita memerlukan teman disisi.

Tambah Nora, biarlah kali ini beliau berkahwin kerana Allah SWT dan bukan demi cinta semata-mata.

Cinta memang cinta, tetapi paling penting dalam perkahwinan adalah untuk menghalalkan sebuah hubungan. Itu yang saya cari. Nedim juga memang seorang lelaki yang baik. Saya tidak nafikan pandangan orang lain terhadap dia, namun dia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang dicari.

Semoga segala perancangan perkahwinan Nora Danish berjalan dengan lancar. Kami tahu ada juga yang bosan dengan cerita Nora hendak berkahwin tetapi doakan sahaja kebahagiaan beliau dan Nedim.

Sumber Berita : Utusan Online