Written by Bella | June 20th, 2016

Baru-baru ini, kafe milik Nora Danish Kopi & XOXO yang terletak di Bangsar telah pun ditutup dan sejak itu Nora dihimpit dengan pelbagai spekulasi yang mengatakan beliau sebenarnya sudah tidak mampu untuk membayar sewa. Dalam erti kata lain kafe yang dibuka bersama rakan-rakannya itu tidak mendapat sambutan yang baik.

Walaubagaimanapun, Nora menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan ia terpaksa ditutup kerana mereka sebelum ini hanya menumpang lot sebuah butik. Namun, butik tersebut kini sudah tidak beroperasi dan agak tidak berbaloi untuk Nora membayar sewa keseluruhan lot berkenaan kerana perniagaan utamanya bukan lebih kepada makanan.

Bukan tak mampu bayar  sewa tapi sebenarnya bangunan itu peniagaan utamanya bukan lebih kepada makanan. Jadi apabila butik Ramoda sudah tidak lagi beroperasi, kami terpaksa tutup sebab sebelum ini kafe kami hanya menumpang pada lot kedai butik tersebut.

Kami rasa seperti tidak berbaloi nak sewa keseluruhan lot tersebut untuk teruskan perniagaan di sana, jadi kami ambil keputusan untuk tutup saja.

Malah, Nora sudah membuka dua lagi cawangan baru yang terletak di Bangi dan TTDI. Jelas Nora,jika benar beliau tidak mampu membayar sewa seperti yang dikatakan, takkanlah beliau boleh membuka cawangan lain.

Kami dah buka dua cawangan baru Kopi & XOXO di lokasi yang lebih sesuai iaitu di Bangi dan Taman Tun Dr Ismail. Secara logiknya kalau tak mampu bayar takkanlah kami boleh buka lagi dua kafe.

Pada masa yang sama, Nora sempat meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua cawangan kafenya itu mendapat sambutan yang memberangsangkan dan lebih baik daripada lokasi sebelumnya.

Dalam berniaga kena fikir baik dan buruknya juga, kalau ditempat lain bisnes Nora mendapat sambutan, apa salahnya kalau pindah bukan?Lebih baik laburkan duit di tempat baru daripada membayar sewa tinggi.. Kami harap perniagaan Nora akan bertambah maju..

Sumber Berita : Astro Gempak