Written by Bella | February 20th, 2018

Setiap wanita pasti teruja apabila disahkan hamil apatah lagi jika ia adalah anak sulung.  Itulah juga yang dirasai oleh isteri Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila.

Berkongsi rasa terujanya, Nabila buat pertama kalinya mendedahkan foto “baby bump” menerusi Insta Stories di akaun Instagramnya. Beliau sudah tidak sabar untuk menantikan kelahiran anaknya itu yang diberikan gelaran “Baby A”.

Nabila dan Sharnaaz kedua-duanya mempunyai darah kacukan, tidak mustahil bayi mereka nanti mempunyai wajah yang comel. Semoga proses kehamilan dan kelahiran nanti berjalan dengan lancar.

Written by Bella | February 15th, 2018

Akhirnya khabar angin tentang Sharnaaz Ahmad bakal bergelar bapa sudah terjawab apabila isterinya, Noor Nabila mengumumkan beliau sedang hamil anak sulung mereka.

Berita gembira itu diumumkan oleh Nabila sendiri menerusi akaun Instagramnya hari ini. Beliau juga meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh Alla SWT selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Tahniah kami ucapkan kepada Sharnaaz dan Nabila. Semoga segala urusan dipermudahkan buat mereka berdua dan kami mendoakan ibu serta bayi didalam kandungan sentiasa sihat.

Written by Bella | January 29th, 2018

Baru-baru ini, seorang ustaz mendedahkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, mereka berdua tidak membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Namun, Noor Nabila menerusi akaun Instagramnya Sabtu lalu berkongsi foto beliau berada di sebuah hospital swasta.

Ramai netizen yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan Sharnaaz termasuklah daripada beberapa rakan selebriti iaitu Awal Ashaari dan Hanez Suraya. Ucapan tahniah itu menguatkan lagi berita Noor Nabila sedang berbadan dua.

Doakan yang terbaik sahaja buat mereka berdua dan sama-sama kita nantikan perkhabaran gembira ini daripada Sharnaaz dan isterinya sendiri. Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka.