Written by Bella | May 9th, 2019

Memasuki usia lapan tahun perkahwinan, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina tidak pernah berputus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi satu temu bual, Noh mendedahkan beliau dan isteri sudah enam tahun berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Noh melihat sendiri bagaimana isterinya menahan kesakitan semasa prosedur IVF (mengambil telur) dimana hormon Nina juga akan tidak stabil sehingga menjejaskan emosinya.

Enam tahun turun naik hospital, IVF cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle tiba-tiba emosi. Ya Allah sampai sekarang aku kesian. Nak buat IVF kena ambil telur, benda tu sakit gila aku pernah tengok dia mengerang sakit. Kesakitan yang bergegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas.

Dia cakap ini untuk Allah, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak, sebab cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak.

Noh tidak menafikan beliau merasa cemburu apabila melihat rakan-rakan yang sudah berkahwin mempunyai anak. Bagaimanapun, Noh redha dengan takdir yang tertulis untuknya dan isteri dan menganggap mungkin mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Setiap orang di dunia mempunyai dugaan yang berbeza. Kami yakin perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Teruskan berusaha, inshaAllah satu hari nanti impian Noh dan Nina untuk menimang cahaya mata akan termakbul.

Sumber Berita : YouTube Zayan My

Written by Bella | January 23rd, 2019

Trend #10YearsChallenge menjadi ikutan  ramai termasuklah para selebriti juga. Ramai yang menyahut cabaran ini dengan memuat naik foto mereka 10 tahun lepas dan dibandingkan dengan foto mereka sekarang.

Namun, buat selebriti popular Mizz Nina beliau memilih untuk berkongsi pengalaman hidupnya 10 tahun yang lalu dan juga kisah bagaimana beliau mula mendalami agama serta kisah penghijarahan beliau yang mengubah dirinya.

Perkongsian Mizz Nina itu menjadi inspirasi orang ramai untuk menjadi seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.

Bukan mudah untuk seseorang itu memulakan langkah untuk berhijrah tetapi seperti yang Mizz Nina katakan, cubalah walaupun sedikit. Niat yang baik tentu akan dipermudahkan.

Written by Bella | September 20th, 2016

Jika sebut nama Mizz Nina dahulu, tentu ramai yang mengenali beliau sebagai artis antarabangsa yang cukup popular mendendangkan lagu Inggeris dan pernah menjadi anggota kumpulan hip hop, Teh Tarik Crew. Namun, itu adalah kehidupannya dahulu sebelum beliau berhijrah dan mendalami ilmu agama.

Menurut Mizz Nina, beliau sedikit pun tidak merasa rindu dengan kehidupan beliau yang dahulu kerana apa yang beliau ada sekarang adalah perkara indah yang tidak mungkin dapat ditukar ganti. Setiap langkah dan perkara beliau lakukan kini semata-mata kerana Allah SWT.

Saya tidak ambil pusing sama ada terdapat orang yang suka saya berhijab atau tidak kerana bagi saya, apa yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Saya yakin dan percaya, jika kita ikhlas melakukan sesuatu dan nawaitu hanya untuk Allah, ia akan kekal dan berpanjangan.

Terus terang saya nyatakan, saya tidak rindukan kehidupan yang pernah dilalui masa lalu. Apa yang telah berlaku adalah satu kisah silam yang hanya tinggal sejarah. Saya sudah lepaskan segalanya. Semua mengenai Mizz Nina yang dahulu tidak lebih daripada sekadar pesona bintang yang menyerlah di pentas hiburan.

Tambah Mizz Nina, penghijrahan membuat beliau dapat mengenali dirinya sendiri dan mempelajari pelabagai perkara baharu setiap hari. Ia juga mengajar Mizz Nina untuk mensyukuri setiap pemberianNya.

Ilmu satu bekalan untuk saya terokai dan praktikkan. Dengan menghadiri kelas-kelas agama atau majlis-majlis ilmu skala besar ia merangsang dan menggalakkan saya agar tetap teguh menjadi hamba Allah yang beriman.

Menurut Mizz Nina, dengan berhijab beliau tidak perlu menjadi seseorang yang ingin meraih sesuatu untuk mendapat pujian orang lain. Mizz Nina bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan beliau hidayah.

Alhamdulillah, banyak hikmah yang saya peroleh selepas berhijab. I am very much comfortable in my skin. Saya tidak perlu berpura-pura untuk cuba menjadi orang lain atau cuba membuktikan sesuatu untuk meraih pujian atau penghargaan daripada sesiapa jua.

Ya, saya jauh lebih selesa, tenang dan mensyukuri nikmat penghijrahan ini. Ia fasa baru dalam kehidupan saya.

Tenang sungguh membaca kenyataan Mizz Nina, sesungguhnya beliau kini berubah 100 peratus dan beristiqamah dalam apa sahaja yang beliau lakukan. Semoga Mizz Nina terus begini sehingga akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan didalam kehidupannya.

Sumber Berita : INTREND