December 20th, 2018

Sudah tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, kehangatan cinta dan kasih sayang  pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina masih lagi seperti pengantin baru. Mereka sering dilabelkan sebagai pasangan paling ideal.

Bagaimanapun mereka tidak dapat lari daripada soalan tentang cahaya mata. Namun, Noh mengakui beliau dan isteri redha dan tetap bersyukur sekiranya sudah tertulis takdir mereka tidak dikurniakan anak. Banyak sudah nikmat dari Allah SWT dikecapinya bersama isteri tercinta.

Tidak mempunyai zuriat sendiri bukannya bermakna hidup seseorang itu tidak bahagia. Bersyukur dengan apa yang ada.