November 20th, 2020

Umum mengetahui, 19 November merupakan Hari Lelaki Sedunia. Susulan itu, ramai dalam kalangan masyarakat khususnya golongan wanita sering mengungkapkan ucapan ini kepada kekasih mahupun suami mereka.

Tidak ketinggalan, ucapan itu juga turut ditujukan kepada usahawan penuh sensasi iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Menerusi muat naik video tarian TikTok di laman Instagram miliknya, posting berkenaan dilihat dibanjiri dengan ucapan Selamat Hari Lelaki daripada netizen buatnya.

Sajat yang tampil dengan dress biru ketat sambil menari di kedai emas miliknya mengikut irama muzik dilihat langsung idak membalas sebarang komen yang dilemparkan kepadanya.

Bahkan, pelantun lagi Makhluk Penggoda itu juga khabarnya tidak melatah dengan usikan yang ditujukan khas kepadanya itu.

Untuk rekod, Sajat yang kini bergelar “ibu” kepada dua anak kembarnya merupakan seorang ahli perniagaan yang sering terpalit dengan kontroversi kerana sehingga kini ramai seakan meragui status jantina sebenarnya.

Untuk rekod, sekitar Februari lalu, Sajat pernah menggemparkan negara apabila dirinya tampil bertelekung ketika mengerjakan umrah di Tanah suci sehingga menjadi buah mulut netizen sehingga ada yang mendakwa bahawa Sajat seperti sengaja mahu mempermainkan agama Islam.