October 14th, 2020

Susulan kes saman berhubung pelanggaran perjanjian sebagai duta jenama bagi produk Chriszen Malaysia Sdn. Bhd tahun lalu, pelakon Nelydia Senrose kini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03.

Hakim memerintahkan Nelydia membayar ganti rugi khas penyediaan acara RM16,869.03, ganti rugi am RM10,000 dan diminta mengembalikan kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 kepada Chriszen Malaysia serta membayar kos sebanyak RM10,000.

Menurut Shamsudin Abdullah selaku Hakim Mahkamah Sesyen, pihaknya telah membuat keputusan selepas mendapati Nelydia khabarnya tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama tersebut.

“Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan. Oleh itu, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya.”

Dedah mahkamah lagi, plaintif juga telah memaklumkan kepada Nelydia sejak 8 Mac 2019 mengenai acara yang akan diadakan pada 25 April 2019 dan tarikh itu turut dipersetujui oleh Alfie Management Sdn Bhd iaitu syarikat yang menguruskan pelakon filem Jebat itu.

Namun demikian, Shamsudin tampil memaklumkan bahawa, pada 13 Ogos 2019 penghakiman ingkar sudah dimasukkan terhadap Alfie Management yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan pertama dalam kes saman berkenaan.

Malah, Mahkamah juga berpuas hati apabila adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini sendiri sudah mengetahui bahawa beliau tidak dapat menghadiri acara itu sejak 24 Mac 2019, namun menunggu 19 hari kemudian pada 12 April sebelum tampil memaklumkan kepada plaintif mengenai ketidakhadirannya.

Untuk rekod, pada 7 Oktober 2019, Chriszen Malaysia telah menfailkan saman terhadap Alfie Management dan Nelydia sebagai defendan pertama dan kedua.

Sumber: Harian Metro

August 21st, 2020

Akui langsung tidak berasa tertekan apabila sering diajukan soalan berhubung zuriat, pelakon jelita Nelydia Senrose yang kini telah lebih setahun berkahwin dengan suaminya, Mohd Hafez Halimi mendedahkan beliau telah bersedia untuk menimang cahaya mata.

Nelydia Senrose Sedia Timang Cahaya Mata

Kata Nelydia, beliau kini hanya mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai khususnya para peminat agar diperkenankan impian untuk bergelar seorang ibu suatu hari nanti.

“Kalau ada rezeki, saya memang sudah bersedia dan teringin untuk menjadi seorang ibu, cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki. Soal anak, maut ajal semua itu ketentuan Ilahi.”

Biarpun begitu, beliau juga khabarnya yakin bahawa setiap individu yang tampil bertanyakan kepadanya soal zuriat adalah kerana prihatin.

Nelydia Senrose Sedia Timang Cahaya Mata

“Tidak langsung. Lagi pun saya dan suami baru berkahwin sekitar setahun. Saya faham orang selalu tanya sebab mereka prihatin dengan keadaan kita.”

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak untuk memaklumkan kepada umum andai diberi rezeki untuk hamil suatu hari nanti.

Nelydia Senrose Sedia Timang Cahaya Mata

“Kalau saya hamil nanti dan kandungan sudah kuat, pasti saya akan kongsi dengan orang ramai. Cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki lagi.”

Untuk rekod, Nelydia telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 6 April tahun lalu.

Sumber: Kosmo!

July 30th, 2020

Mendedahkan dirinya belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata, pelakon jelita Nelydia Senrose akui tidak tertekan apabila sering diajukan soalan berkenaan anak meskipun telah lebih setahun melayari bahtera perkahwinan.

Nelydia Senrose Mohon Doakan Dirinya Dikurniakan Anak

Menurutnya, beliau kini yakin bahawa rezekinya untuk memiliki zuriat dalam masa yang terdekat belum tiba, malah tetap redha menempuh segala ujian yang melanda dirinya.

“Cumanya, buat masa sekarang mungkin belum masa yang sesuai. Saya akur dan reda. Saya mohon doa daripada orang ramai namun hal berkaitan rezeki, ajal maut dan pertemuan semua adalah ketentuan Ilahi.”

Nelydia Senrose Mohon Doakan Dirinya Dikurniakan Anak

Ujar Nelydia, andai dirinya disahkan hamil, sudah pasti berita tersebut akan dihebahkan kepada umum khususnya para peminat yang tidak lekang menyokong karier dalam bidang seni.

“Pun begitu, kalau saya betul hamil nanti saya tidak akan umum terlalu awal kepada umum. Kandungan sudah ‘kuat’, Insya-Allah saya berkongsi semua orang termasuk peminat.”

Nelydia Senrose Mohon Doakan Dirinya Dikurniakan Anak

Untuk rekod, Nelydia telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 6 April tahun lalu.

Sumber: Kosmo!

July 9th, 2020

Seolah mampu menarik nafas lega apabila dibenarkan kembali ke set penggambaran semula awal Julai lalu, pelakon Nelydia Senrose akui hampir tiga bulan terpaksa duduk di rumah sahaja susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

nelydia senrose dapat kembali berlakon

Menurutnya, beliau langsung tidak mempunyai masalah untuk mengikuti peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan apabila berada di set penggambaran. Malah mendedahkan dirinya perlu membiasakan diri dengan norma baharu sama seperti pelakon-pelakon lain.

“Alhamdulillah seronok sangat dapat bekerja semula, banyak benda nak kena polish sebabnya dah selesa duduk rumah, jadi kekok sikit tapi dalam sama sama rasa teruja.”

Bagaimanapun, Nelydia tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga meskipun sudah dibenarkan bekerja semula kerana bimbang dengan bahaya jangkitan wabak COVID-19 masih belum reda di negara ini.

nelydia senrose dapat kembali berlakon

Bercakap berkenaan soal perniagaan, Nelydia memaklumkan perniagaan aksesori miliknya iaitu Nelydia Jewels semakin mendapat sambutan. Malah, sepanjang PKP juga peniagaannya tetap berjalan seperti biasa.

“Sepanjang PKP walaupun tak boleh berlakon tapi bisnes tetap berjalan macam biasa. Alhamdulillah sambutan baik dan syukur ramai yang beri sokongan.”

nelydia senrose dapat kembali berlakon

Terdahulu, Nelydia disaman syarikat produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd kerana didakwa melanggar kontrak sebagai duta, tahun lalu. Namun, menurut pengasas yang juga Pengarah Urusannya, Mandy Leong berkata, pihaknya hanya mahu menuntut pulangan wang sebanyak RM160,000 daripada Nelydia sebagai ganti rugi. Walau bagaimanapun, perbicaraan seterusya akan disambung pada 16 Julai depan.

Sumber: mStar