September 9th, 2016

Beberapa hari lepas, Neelofa telah pun selamat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji bersama ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dan bapa tirinya, Abdul Hakim Khan.

Neelofa sempat berkongsi dengan peminat mengenai ibadah hajinya itu menerusi beberapa foto yang di muat naik oleh beliau di akaun Instagram miliknya.

Untuk pengetahuan anda, Neelofa sebenarnya ditemani juga oleh bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan yang merupakan teman sebiliknya di Mekah.

Semoga Neelofa mendapat haji yang mabrur dan dapat menjalankan ibadahnya dengan lancar.

Jom kita lihat beberapa lagi foto Neelofa di Tanah Suci Mekah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

September 6th, 2016

Alhamdulillah. Neelofa telah pun selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada jam 6 petang semalam. Turut sama dengan Neelofa ialah ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dan ayah tirinya Abdul Halim Khan. Sebelum ini telah ada sedikit masalah berhubung visa untuk kedua ibu bapanya itu. Semuanya telah berjaya diselesaikan.

neelofa

Semoga Neelofa dan keluarga akan mendapat haji mabrur. Selamat pergi dan selamat kembali Abang Nara ucapkan. Neelofa dan ibu bapanya dijangka pulang ke Malaysia 20 September depan. Sama-samalah kita doakan mereka.