February 2nd, 2018

Umum mengetahui konflik antara suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri dan ibu tirinya, Datin Seri Haflin memang cukup hangat. Nedim sejak kebelakangan ini kerap memuat naik status berbaur sindiran kepada Haflin menerusi Insta Stories beliau.

Antaranya adalah rasa tidak puas hati apabila Haflin memberi gelaran Chief Jr kepada anak lelakinya. Buat Ned, hanya beliau sahaja layak menggunakan gelaran tersebut.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan berikutan perbalahan antara anak dan isterinya, akhirnya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tampil bersuara mengenai isu tersebut. Nazri akui Haflin telah menjadi mangsa buli siber anaknya sendiri iaitu Nedim.

Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri. Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia.

Semalam, Haflin ada memuat naik kenyataan di akaun Instagramnya yang ditujukan khas buat Nedim. Beliau mencabar anak tirinya itu untuk berjumpa dengan bapanya bagi menyelesaikan segala rasa tidak puas hati ataupun masalah antara mereka bertiga.

Haflin juga memuat naik foto deklarasi perkahwinannya bersama Nazri  dan semua itu dilakukan dengan keizinan daripada suaminya. Malah, perkara itu turut disahkan oleh Nazri.

Harapnya satu hari nanti mereka bertiga dapat duduk bersama dan berbincang dengan baik untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Sumber Berita : mStar Online

April 6th, 2016

Nora Danish dan Nedim Nazri sudah lama juga bercinta, sering bersama hampir setiap masa dan bercuti bersama, ramai yang  bertanya bila agaknya pasangan ini akan berkahwin. Ada timbul desas-desus yang mengatakan hubungan mereka tidak mendapat restu bapa Nedim.

Terbaru, menerusi satu kenyataan di portal Sinar Harian, Datuk Seri Nazri Aziz  nampaknya sudah memberi restu untuk anaknya dan Nora berkahwin. Malah, Nazri juga berkata beliau tidak membezakan darjat.

Mereka sudah besar, kalau dah sama-sama suka, kahwin sajala. Saya tidak ada ‘double standard’ terpulanglah kepada mereka, semuanya dah besar-besar.

Dua-dua pernah kahwin dan ada anak. Tak ada kasta, masing-masing sama saja.

Wah, big boss dah bagi dah lampu hijau, apa tunggu lagi Nedim? Cepat-cepatlah jadikan Nora Danish yang halal buat anda. Lepas ini, kalau hendak pergi mana-mana pun tiada siapa yang akan kritik lagi.

Sumber Berita : Sinar Harian