December 10th, 2018

Selamat bernikah dengan seorang usahawan dari Kelantan, perkahwinan kali keempat Natasha Hudson tidak sangka mendapat perhatian netizen.

Pelbagai spekulasi mula timbul dan Natasha menerima serangan kritikan yang bertubi-tubi daripada netizen mengenai perkahwinannya termasuklah mereka yang mempertikaikan mengapa beliau tidak memakai purdah lagi.

Tidak tahan melihat kakaknya terus dikecam, pelakon Tania Hudson tampil mempertahankan Natasha.

Menerusi Insta Stories beliau di Instagram, Tania meminta netizen untuk tidak menjaga tepi kain orang dan menghormati keputusan kakaknya itu.  Kata Tania, orang luar  tidak layak untuk menghakimi seseorang tanpa mengetahui kisah sebenar.

Bertabahlah, tidak perlu ambil pusing ataupun melayan kerenah mereka yang hanya mencari kesalahan dan mengecam orang lain. Teruskan kehidpun seperti biasa.

Sumber Berita : OH BULAN

December 2nd, 2009

natasha hudson

Baru umur 27 tahun dah jadi janda untuk kali kedua. Diulang sekali lagi, baru 27 tahun je dah 2 kali kawin dan bercerai. Tak tahu sama ada Natasha Hudson nie memang malang dalam berumah tangga ataupun memang ada masalah yang menyebabkan bekas-bekas suami dia menyampah kat dia.

Dengan bekas suami dia nie, Natasha baru jer berkahwin 2 tahun. Yang 1st tue kawhwin 3 bulan dah bercerai dah. Yang kedua nie tahun 2007 hari tue nikah. Dapat anak perempuan sorang. Tapi kami tak ingat nama. Tup-tup, 2009 nak masuk 2010 nie dah bercerai. Hmmm. Taknak buat teori pasal penceraian mereka tapi 2 tahun tue bagi kami terlalu singkat untuk mengenali hati budi pasangan sepenuhnya.

Tengok dari luaran memang tak logik rasanya untuk Natasha Hudson diceraikan. Cun melecun tue beb. Kulit putih lagi. Kata orang sekali dapat memang tak carik lain dah. Boleh wat pekasam sampai ke tua. Tapi sesungguhnya perkahwinan itu bukanlah dilihat dari kecantikan luaran sahaja. Lebih dari itu lagi. Rasanya semua pun tau kan?

Buat Natasha Hudson, takziah kami ucapkan atas penceraian anda. Jangan risau. Tak lama lagi ada la tue VIP, Dato’ Dato’ dan Tengku Tengku beratur nak jadikan anda isteri mereka. Walaupun dah menjanda kali kedua, anda tetap hot dan meletop gitu.

Sapa sokong kalau kami cakap yang Natasha Hudson sekarang adalah janda paling HOT di Malaysia? Kalah Nora Danish dan janda-janda yang lain.