Written by Bella | December 5th, 2016

Kes rogol di Malaysia tidak dinafikan semakin hari meningkat naik jumlahnya. Hampir setiap hari ada sahaja kes rogol yang boleh kita baca di akhbar. Beberapa punca menyebabkan perkara ini terjadi dan antaranya kerana cara seseorang wanita itu berpakaian mendedahkan aurat dan ia seakan “memancing” orang jahat.

Walaubagaimanapun, bukan itu sahaja sebabnya, kerana nafsu seorang lelaki yang tidak dapat dikawal juga menjadi punca utama perkara ini berlaku.

Pelakon Nazim Othman juga baru-baru ini ada memuat naik status di akaun Instagramnya yang menasihat wanita diluar sana untuk tidak tampil terlalu seksi ketika keluar dan harus menjaga diri mereka.

Namun, nasihat Nazim itu telah disalah anggap dan akibatnya beliau “diserang” agak teruk dari kaum wanita di media sosial.

Ramai yang berpendapat komen Nazim itu agak tidak matang.

Apa pula pendapat pembaca BeautifulNara? Salahke apa yang dikatakan oleh Nazim?