December 20th, 2011

Tahun 2011 bakal berakhir tidak lama lagi.

Jika dihitung dengan jari jemari kita yang sepuluh ini, pasti tidak terbilang isu-isu serta pelbagai kontroversi yang menjadi perhatian kita semua dan turut menghiasi portal hiburan favourite anda ini.

Bermula 28 November 2008, Abang Nara memulakan usaha mewujudkan satu blog sebagai alternatif kepada media tradisional yang sedia ada, kerana Abang Nara rasakan banyak kekangan pada media tradisional untuk paparan lebih banyak berita mengenai industri hiburan tempatan dan kadangkala luar negara.

unggul

Kini berusia tiga tahun, blog yang sudah melalui transformasi menjadi satu portal hiburan lantaran sokongan anda semua.

Baru-baru ini, laman carian Google mengeluarkan senarai Zeitgeist bagi carian terhangat dan Beautifulnara.com menduduki tempat kedua carian tertinggi pada tahun 2011 selepas blog rakan kami yang sangat awesome – Blogserius.my

beautifulnara

Berikut adalah senarai yang dikeluarkan Google untuk carian blog:

TOP BLOGS QUERIES

Blog Serius

Beautifulnara  

Papagomo

Jejariruncing

Honeykoyuki

Oh Bulan

kari ngeri

Malaymoviesfull

My Resipi

IniBelogSaya

Blogserius bukan portal hiburan dan ia lebih kepada sebuah blog memaparkan pelbagai isu, maka ia meletakkan Beautifulnara.com sebagai blog hiburan paling tinggi dicari. Jika anda berminat untuk melihat senarai penuh Google Zeitgeist untuk tahun 2011, boleh membacanya di link ini.

Ia satu penghormatan buat kami di Beautifulnara dan sepanjang tiga tahun bersama anda, banyak yang kami pelajari dari segala teguran dan pandangan dari anda semua.

Kami juga tidak mengambil mudah setiap kritikan kerana pada kami, jika pembaca meninggalkan kritikan, hakikatnya tanpa mereka sedari mereka juga sayangkan portal hiburan awesome ini !!

NAPBAS

Keyakinan kami untuk terus ‘online’ bersama anda diperkukuhkan dengan satu lagi anugerah prestij yang diterima pada 16 Disember lalu.

Beautifulnara.com berjaya merangkul The Best Entertainment Blog melalui Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 yang diadakan bagi menentukan blog terbaik bagi rantau Asia Pasifik!

unggul

Kami tidak menyangka akan mampu menandingi pesaing bagi kategori ini iaitu:

Sassi Sam Girlie Gossip Files
http://sassisamblog.com

Mynameisjin
http://mynameisjin.com

Sù Yán Ti?n Sh?
http://plainfaceangel.blogspot.com

Kenshin ????
http://kenshin.hk

Namun hasil undian dari anda semua, membolehkan Beautifulnara.com mengungguli kedudukan berprestij di rantau Asia Pasifik  bagi kategori Blog Hiburan Terbaik!!

unggull

Tentunya, dengan kedua-dua pencapaian ini, kami akan terus memperbaiki kandungan paparan untuk anda malah kami sendiri sudah mengatur pelbagai aktiviti khas untuk pembaca Beautifulnara.com pada 2012 ini !! Ya, nantikan pengumuman dari kami !!

unggull

Apapun, kesemua pencapaian ini tidak mungkin menjadi kenyataan jika tiada sokongan dari anda semua dan pastinya, kami akan terus menghasilkan yang terbaik.

Sayang semua !

November 14th, 2011

Terkejut sebentar diri ini apabila dihubungi oleh pihak Nuffnang untuk memaklumkan satu perkara. BeautifulNara.com (blog yang anda sedang baca ini) telah pun dipilih sebagai finalist dalam Nuffnang Blog Awards 2011 (#NAPBAS).

nuffnang blog awards

Tambah mengharukan, BeautifulNara.com tidak hanya tercalon sebagai finalist untuk 1 kategori, tetapi 2 kategori. Kategori tersebut ialah Best Entertainment Blog dan Most Influential Blog. Terkesima sekejap dibuatnya.

Untuk makluman, pada tahun 2009, BeautifulNara turut menjadi finalist untuk kategori yang sama tetapi telah tewas. Adakah untuk tahun 2011 BeautifulNara akan dikecewakan sekali lagi?Adakah pisang akan berbuah 2 kali?

Jawapannya adalah tidak sekiranya anda sudi mengundi BeautifulNara di laman web NAPBAS. Undian akan bermula pada 15 November 2011 (esok) dan akan berakhir pada 27 November 2011. Tempoh undian memang amat singkat jadi setiap undi anda adalah amat bermakna.

Dengan rasa rendah hati, Abang Nara ingin memohon jasa baik anda, mak ayah anda, adik beradik anda, kawan-kawan anda, awek-awek anda dan sesiapa sahajalah, untuk mengundi dan memastikan kejayaan adalah milik BeautifulNara.com. Jasa baik anda amat Abang Nara hargai.

Pastikan undian anda adalah untuk Beautifulnara.com.