Written by AbangNara | June 22nd, 2015

Selaku seorang penggemar ayam, Nando’s adalah salah satu restoran kegemaran Abang Nara. Sos PERi-PERi yang digunakan untuk membaluti ayam memang sedap tak terhingga!!! Memang kena dengan tekak Melayu Abang Nara nie. Walaupun Nando’s mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1998 (dah 17 tahun dah), Abang Nara masih terdengar beberapa auta tentang Nando’s. Contohnya macam penggunaan ayam tidak segar, tak banyak menu pilihan dan ayam yang dihidangkan terlalu kering.

nando's

Tidak puas hati, baru-baru ini Abang Nara telah ke Nando’s Alamanda untuk merungkai sendiri segala auta ini. Nak tahu betul-betul yang mana satu fakta, yang mana satu auta. Siap bawak mak dan bapa mertua lagi. Inilah beberapa perkara yang dapat Abang Nara rumuskan selepas makan tengah hari dengan lazatnya bersama Nando’s dan sos PERi-Peri mereka.

1. Nando’s adalah casual dining restoran, bukannya fast food

nando's

Yang ini adalah salah faham yang paling besar sekali. Ada ke patut ingat Nando’s nie fast food punya restoran? Ish, ish, ish. Kalau fast food korang kena beratur untuk ambik order, tapi di Nando’s akan ada pekerjanya datang melayan korang. Suasana pun tenang, hiasan dalaman cantik dan makanan akan dibawa ke meja korang. Duduk je tak perlu berdiri apa bagai. Nando’s adalah casual dining restoran yang amat sesuai untuk seisi keluarga.Untuk siapa-siapa yang tidak tahu, Nando’s berasal dari Afrika Selatan maka tidak hairanlah makanan dan suasana disini ada unsur-unsur unik Afro-Portuguese.

2. Ayam Nando’s tak segar/fresh?

Yang ini Abang Nara tertanya-tanya juga sebab ada terdengar kononnya ayam Nando’s dah dimasak lama dan hanya dipanaskan sebelum dihidangkan kepada kita. Tak puas hati dengan penjelasan manager Nando’s Alamanda, Abang Nara minta kebenaran untuk pergi ke dapur untuk melihat sendiri proses penyediaan ayam Nando’s.
nando's

Inilah Azwa manager Nando’s Alamanda. Menurut Azwa, bila order masuk, barulah ayam Nando’s yang telah disebatikan dalam sos PERi-PERI selama 24 jam akan dikeluarkan untuk di ‘flame grill’ di atas dapur. Untuk makluman, sos PERi-PERi ini tiada MSG langsung di dalamnya. 100% ramuan semulajadi. Semua ayam adalah ayam grade A dan telah dibuang lemaknya. Yang tukang grill nie pun bukan calang-calang orang. Kena pergi kursus dan latihan yang secukupnya.

nando's

mak mertua membuat cubaan ‘menggrill’

3. Tak banyak menu yang boleh dipilih
nando's

Ini adalah auta yang paling tak masuk akal. Abang Nara bila tengok menu Nando’s sampai tahap tak tahu nak pilih apa sebab banyak sangat pilihan. Ayam dah confirm la kena amik kan, lepas tue ada 11 sidedishes untuk dipilih. Itu belum kira menu air dengan dessert lagi. Senang cerita, memang banyak lauk-pauk kat Nando’s nie. Pandai tak pandai je untuk pilih.Dengan pelbagai variasi menu di Nando’s memang berbaloi lah Abang Nara rasa kalau nak menjamu selera disini. nando's

4. Ayam Nando’s kering
nando's

Celah mana ayam Nando’s kering Abang Nara pun tak tahu. Masa ayam ini di’grill’ pun dah diletakkan sos PERi-PERi untuk kasi basah, lepas itu masa makan pun Nando’s ada sediakan 5 lagi pilihan sos (Garlic, Wild Herb,Mild, Hot, Extra Hot) untuk digunakan kalau mahu banjirkan lagi ayam itu. Confirm sedap punya. Abang Nara pernah tengok ada orang habiskan setengah botol sos PERi-PERI untuk banjirkan ayamnya. Pergh sure sedap punya (dan sure dia peminat makanan pedas). Sos PERi-PERi Nando’s ni dirumus khas menggunakan bahan-bahan segar jadi ianya tidak mengandungi sebarang preservatif dan MSG tambahan untuk mengekalkan rasa unik hidangan ayam Nando’s. Sos PERi-PERi ni dibotol dan diimport khas dari Afrika Selatan jadi rasanya memang takkan dapat kat tempat lain, memang best!

5. Nando’s tak ada nasi, orang Melayu nak makan nasi la bro!!!

Ok ini masalah orang Melayu macam Abang Nara. Walaupun dah ada ayam depan mata, tetap nak makan nasi juga. Nasi dan orang Melayu memang tak boleh dipisahkan. Kalau korang tengok betul-betul menu Nando’s, akan anda jumpa 2 jenis nasi untuk memenuhi selera Melayu anda. Pilih je mana yang berkenan di hati. Nasi dapat, ayam pun dapat. Confirm perut kenyang.nando's

Banyak lagi auta-auta tentang Nando’s yang telah diperbetulkan dengan fakta-fakta di Facebook Nando’s Malaysia. Apa pun Abang Nara nak berterima kasih kepada semua pekerja Nando’s Alamanda terutamanya manager yang bernama Azwa itu. Seronok pulak rasanya dapat masuk ke dapur Nando’s. Nanti boring-boring boleh buat part time kat Nando’s. Hehehe. Tapi Abang Nara nak jadi ‘griller’ je. nando's

Baiklah khas untuk pembaca BeautifulNara yang nak pergi cekidaut sendiri kelazatan Nando’s (Abang Nara yakin ramai yang tengah meleleh air liur nie), Nando’s ada voucher untuk bagi korang semua. Syaratnya senang sahaja, cuma perlu komen fakta best tentang Nando’s di ruangan komen. Contohnya “perghhhhhh, ayam Nando’s dibanjiri sos PERi-PERi memang buat air mata ini meleleh seolah-olah sedang berada di sisi Neelofa’. Komen yang paling kelakar, kreatif dan menarik akan menerima voucher nie jadi jangan lupa untuk sertakan nama penuh dan alamat emel sebelum 29 Jun 2015, 11:59PM.

Sambil-sambil tue bolehlah follow Nando’s di Facebook, Twitter dan Instagram dan ushar senarai restoran Nando’s di Malaysia di sini. Mana lah tahu kalau menang boleh terus bawak kaum keluarga makan atau berbuka di sana. Selamat mencuba!!!

*Pemenang-pemenang akan dipilih dan dihubungi oleh pihak Nando’s pada 1 Julai 2015

UPDATE: TAHNIAH kepada pemenang-pemenang Nando’s Sedap Sangat Ke yang berikut!

Ahmad Fauzan
Emi
Sumijelly
Azrinah
Syazwan Muhaimin Mohd Rasdi
Shah
Nurul Syafina binti Ibrahim
Tecit
Nurul Hajar Razali
Ahmad Ashraf Abu Bakar

Anda bakal menerima voucher daripada Nando’s jadi sila semak emel anda untuk info lanjut. Sekali lagi, tahniah!