August 25th, 2015

Menerusi satu sidang media khas yang baru sahaja berlangsung di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil  sebentar tadi, penyanyi Stacy telah mengesahkan berita bahawa beliau kini sudah memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam.

Stacy telah melafazkan dua kalimah syahadah pada 24 Ogos 2015 (semalam) kira-kira jam 10 pagi di Jabatan Agama Islam Johor ditemani oleh  ibu bapanya serta ibu bapa Akim.

Keputusan beliau untuk menjadi seorang muslim juga bukanlah satu paksaan dah ia juga mendapat restu daripada kedua ibu bapa beliau.

Ya saya sudah memeluk agama Islam. Saya peluk agama ini bukan kerana sesiapa atau perihal cinta mengaitkan dengan Akim.

Pada masa yang sama, Stacy meminta agar peminat di luar sana menerima dapat menerima keputusan beliau dengan hati yang terbuka dan mendoakan beliau.

Berikut adalah video pengakuan daripada Stacy:-

Alhamdullilah, kita sudah menerima seorang saudara baharu dalam Islam dan nampaknya Akim sudah berjaya untuk mendekatkan Stacy kepada Islam, doakan yang terbaik buat beliau agar dapat menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Sumber video : HLive

 

August 25th, 2015

Semalam, kita telah mendapat satu berita yang cukup gembira dimana penyanyi Stacy Angie yang sebelum ini beragama Kristian telah melafazkan dua kalimah syahadah dan kini sudah bergelar seorang muslim dengan nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Lafaz tersebut telah dilakukan di Jabatan Agama Islam Johor Bahru ditemani oleh Akim dan ibu bapa kekasihnya itu.

Rata-rata peminat meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Stacy menjadi seorang muslimah yang  baik.

Sebenarnya berita mengenai penghijrahan Stacy ini akan dimaklumkan oleh pihak Astro dalam satu sidang media petang ini tetapi foto serta video penyanyi tersebut memeluk agama Islam telah tersebar.

Akim menerusi akaun Twitter miliknya telah meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang tidak amanah dan bertanggungjawab kerana tidak menghormati privasi orang lain apabila menyebarkan foto serta video Stacy sedang belajar mengucap syahadah.

Menurutnya , beliau mengetahui siapa perakam video tersebut malah melalui beberapa “tweet” Akim juga menjelaskan individu terbabit merakam video tersebut tanpa kebenaran.

Kami tahu mungkin pegawai atau sesiapa sahaja yang menyaksikan Stacy memeluk agama Islam merasa teruja dengan berita tersebut dan ingin berkongsi kepada orang ramai. Walaubagaimanapun, amanah dalam bekerja itu harus ada dan jangan pernah melanggar etika kerja anda.

August 24th, 2015

Alhamdulillah. Akhirnya penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Stacy Angie telah pun bergelar seorang muslim. Majlis lafaz syahadah telah dilakukan pada petang hari ini di Jabatan Agama Islam Johor Bahru ditemani oleh Akim dan ibu serta bapa kekasihnya. Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.

stacy masuk islam

Stacy dikatakan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Maklumat rasmi tentang berita gembira ini akan dimaklumkan oleh pihak Astro yang bakal mengadakan sidang media petang esok. Apa pun, jutaan kegembiraan dan selamat datang diucapkan kepada Stacy.

stacy masuk islam

Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan buat Stacy @ Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Amin. Sumber Mstar Online.