April 7th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan buat Ashraf Muslim, Wan Sakinah dan juga Dayana atas kelahiran orang baru di dalam keluarga mereka. Bayi perempuan hasil perkahwinan Ashraf Muslim dengan isteri kedua, Wan Sakinah telah pun selamat dilahirkan pada 5 April lalu. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Wan Sakinah sendiri menerusi akaun Instagramnya.

wan sakinah anak perempuan

Tulis Wan Sakinah:-

ALLAHUAKBAR… Salam Subuh semua. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.51 kilogram secara normal. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan. Alhamdulillah ibu dan anak sihat.

Assalamualaikum sayang. Selamat datang ke bumi Allah S.W.T. Awak ada dua ibu tau! We love you Dayana & tahniah B! Awak dah jadi ayah!.

anak wan sakinaha ashraf muslim

Terharunya Abang Nara membaca kata-kata Wan Sakinah. Memang beruntung si anak kerana mendapat 2 orang ibu untuk memberikannya sepenuh kasih sayang. Insya Allah dengan kehadiran si comel ini, hubungan mereka sekeluarga akan lebih erat dan kukuh. Ashraf Muslim juga turut meluahkan kata-kata kesyukuran dan berterima kasih kepada isteri pertamanya, Dayana atas bantuan yang diberikan.

Bilik yg menjadi kenangan yg terindah dan menakutkan bagiku.. Terima kasih Allah.. Engkau permudahkan isteriku Sakinah melahirkan anak dgn sempurna sekali. Terima kasih sgt pada isteriku Dayana kerana memberi sokongan kuat kepada kami semua.. Indahnya berkeluarga jikalau kita sama2 mencari kebahgiaan dan merasaikan bersama2 nya erti kebahgiaan. Alhamdulillah.. Sekali lagi terima kasih Allah dan syukur terhadapnya kerana memberi alu mengenali kedua-dia isteriku yg ku sayangi ini dan anak ini ialah kunci pengikat kasih bg kami semua.. Alhamdulillah..

ashraf muslim

Sesungguhnya jelas terserlah kebahagiaan pada keluarga Ashraf Muslim ini. Nampak mereka saling menyokong dan membantu sesama sendiri. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada anda bertiga. Selamat menjaga si comel.