January 22nd, 2014

Kalau sebelum ini ramai yang tertanya-tanya nama dan jantina anak sulung Ustaz Don Daniyal, kini segala persoalan itu telah terjawab. Menerusi Mstar Online, salah seorang ahli keluarga Ustaz Don telah berkongsi nama cahaya mata pasangan ini iaitu Don Mustofa. Bayi tersebut telah dilahirkan secara normal dan Ustaz Don sempat tiba 2 hari sebelum isterinya bersalin.

nama gambar anak ustaz don

Semoga Don Mustofa membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah kesihatan di samping ayah dan ibunya. Tak sabar rasanya nak menatap wajah si comel. Harap-harap Ustaz Don dan isteri akan berkongsi wajah Don Mustofa tidak lama lagi. Pasangan suami isteri ini akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar.

P.S: Patung haiwan fantasi yang sangat comel

January 20th, 2014

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Ustaz Don Daniyal dan isteri, Husna atas kelahiran anak sulung mereka. Berita gembira ini telah pun dikongsikan oleh Ustaz Don sendiri menerusi akaun Facebooknya. Anak hasil perkongsian hidup mereka berdua ini telah dilahirkan di Mesir kerana Husna sedang menyambung pelajarannya di sana.

anak ustaz don

Anak sulung Ustaz Don dilahirkan secara normal dan kini berada dalam keadaan sihat. Berikut ialah status Facebook yang dikongsi oleh Ustaz Don sendiri:-

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, baby selamat dilahirkan pada jam 4:25 pm di sini (Mesir) = 10:25 pm Malaysia. Normal & sihat, 3.5kg. I’Allah kami balik dlm 30hb Jan. Terima kasih semua na sbb tolong doa kat kami. Alhamdulillah syukur.

gambar anak ustaz don

Tahniah sekali lagi buat Ustaz Don dan isteri. Tak sabar rasanya nak menatap gambar wajah anak sulung mereka. Hati-hati ketika balik naik kapal terbang kelak. Selamat datang ke alam ibu bapa Abang Nara ucapkan. Tahniah Ustaz!!!

P.S: Arca singa daripada kepingan besi

August 19th, 2013

Alhamdulillah. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Husna atas berita gembira ini. Mereka berdua bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Berita kedatangan cahaya mata pertama ini telah disahkan oleh Ustaz Don sendiri menerusi Sinar Harian semalam.

anak ustaz don

Tidak diketahui pula sudah berapa bulankah kandungan anak mereka. Kata Ustaz Don:-

Kini saya sedang menanti kelahiran anak sulung, pada saya sepanjang pengalaman perubahan kehidupan ini, rupa-rupanya menjadi ketua keluarga adalah susah. Bukan senang kerana itu di sini saya ingin melahirkan perasaan kagum kepada semua ayah-ayah di luar sana yang berjaya membentuk keluarga mereka.

Saya sendiri rasa takut sama ada saya boleh atau tidak mendidik anak saya sama seperti ayah saya, mendidik saya sehingga menjadi begini. Apapun, seikhlas hati saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa-bapa yang mendidik anak mereka cintakan Rasul dan Allah SWT.

ustaz donSemoga segalanya dipermudahkan buat Ustaz Don dan Husna. Pastinya kehadiran cahaya mata sulung ini akan memeriahkan lagi keluarga mereka. Sama-samalah kita doakan agar anak dalam kandungan tersebut akan dilahirkan dengan sempurna dan tanpa sebarang masalah.

P.S: Enjin-enjin yang digunakan di dalam kereta