October 27th, 2016

Gara-gara isu lawaknya terhadap Elly Mazlein, ada khabar angin mengatakan pelawak Nabil Ahmad telah disingkir sebagai pengacara program Gegar Vaganza 3.

Menurut berita berkenaan, tindakan terhadap Nabil itu adalah kerana lawaknya yang agak melampau dan berbaur lucah.

Namun, Nabil menafikan perkara itu dan menjelaskan beliau tidak menerima sebarang notis daripada pihak Astro berhubung penyingkirannya.

Saya tak tahu daripada sumber mana mereka dengar cerita ini. Nampaknya mereka yang lebih tahu sedangkan saya tidak terima apa-apa notis daripada Astro. Jadi, saya ketawa saja apabila mendengarnya.

Dikecam teruk oleh netizen sejak beberapa hari lepas, Nabil sudah tidak kisah lagi dengan kritikan ramai.

Saya terima setiap komen. Yang baik saya jadikan panduan dan buruk dijadikan sempadan tetapi kadang-kadang kritikan itu membuatkan saya kecewa kerana agak melampau.

Mereka hanya berani mengkritik di alam maya tanpa menunjukkan wajah dan menggunakan nama samaran. Jika mereka betul-betul ikhlas mahu menegur saya, sila hantar mesej peribadi (private message) kepada saya.

Tidak apa Nabil, jangan melatah. Jadikan kritikan orang ramai itu sebagai peringatan untuk anda tidak mengulangi benda yang sama di masa hadapan.

Sumber Berita : Harian Metro

October 25th, 2016

Konflik rumah tangga Elly Mazlein bukan sahaja mendapat perhatian ramai, tetapi menurut Elly beliau akui kisahnya itu berjaya meraih simpati serta sokongan ramai dalam Gegar Vaganza 3. Namun, Elly tidak pernah berniat untuk mengambil kesempatan terhadap peminatnya dan sokongan yang diberikan.

Buat Elly, beliau tahu peminat meletakkan harapan tinggi untuk beliau memberikan persembahan terbaik didalam rancangan berkenaan.

Saya tidak nafikan ramai yang kasihankan saya tetapi saya lihat itu sebagai salah satu hikmah. Jika tidak kerana sokongan padu daripada mereka saya tidak mungkin dapat memberikan persembahan terbaik tetapi apabila melihat satu dewan bersorak saya jadi bersemangat.

Sebab itu walaupun saya tidak sihat saya beritahu diri jangan jadikan ia sebagai alasan kerana tidak mahu mengambil kesempatan terhadap sokongan yang diraih.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad pula memberitahu pemilihan lagu Perawan atau Janda kerana Elly tidak pernah menyanyikan lagu genre dangdut.

Lagu itu dipilih bukan kerana situasi yang sedang dihidapinya tetapi kita tengok pada kesesuaian tambahan pula lagu dangdut adalah cabaran untuknya.

Cabaran minggu hadapan adalah 360 darjah yang bakal memperlihatkan semua peserta diberi lagu yang berbeza daripada apa yang pernah mereka sampaikan.

Sokongan peminat adalah kunci utama kejayaan seseorang artis itu, tetapi bak kata Elly ia tidak bermakna beliau harus mengambil kesempatan terhadap mereka.  Setiap artis harus menghargai peminat mereka bukan?

Sumber Berita : mStar Online