November 16th, 2015

Semalam waktu tengah berdebar menanti keputusan siapakah yang bakal keal di Gegar Vaganza 2 untuk minggu seterusnya, tiba-tiba timbul pula kejutan dimana pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse bakal disingkirkan daripada program tersebut. Aik biar betul mereka tersingkir? memang belum lagi ada pengacara yang ditamatkan perkhidmatan mereka begitu sahaja didalam sesebuah program.

Penyingkiran tersebut diketahui selepas lagu mereka dipaparkan di skrin pada segmen  Ada Lagu Ada Lagi namun foto mereka telah ditukarkan dengan wajah Kak Engku dan Salih Yaacob. Boleh dikatakan hampir seluruh penonton di dewan  MBSA, Shah Alam turut tergamam.

Menjawab segala persoalan penonton,  Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata ia hanyalah gimik dan ‘amaran manja’ kepada Nabil dan Jihan.

Nabil dan Jihan tidak disingkirkan pada malam ini (Ahad), ia cuma gimik dan amaran dari kami kepada mereka. Sebelum ini teguran telah pun diberikan dan Nabil juga dilihat semakin baik semasa mengendalikan GV2.

Apapun, Nabil dan Jihan adalah penyeri dalam GV2, tanpa mereka mungkin sunyi pentas setiap minggu. Mereka juga telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik sekali.

Sebenarnya Nabil dan Jihan mempunyai peminat serta penyokong mereka tersendiri dimana ramai yang tidak bersetuju jika mereka benar-benar tersingkir.

Berikut adalah respon daripada peminat :-

Nabil dan Jihan pada pandangan kami mempunyai keserasian dalam mengendalikan program Gegar Vaganza, mungkin kadang-kala gurauan mereka tidak kena tetapi ia salah satu faktor untuk menarik perhatian penonton.

Sumber Berita: Astro Gempak