Written by Bella | November 15th, 2018

Semalam, Mahkamah Majistret Taiping mengarahkan seorang lelaki dengan nama Muhammad Izwan Shah Kamal membayar saman RM100,000 kepada pihak Skop Productions atas kesalahan menyebarkan filem Munafik 2 secara haram di Facebook atas akaun Sasuke Kun.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Izwan yang tersentak mendengar jumlah saman yang harus dibayar itu mengakui beliau cukup menyesal dengan perbuatannya. Kata Izwan, jika beliau hidup selama 100 tahun sekalipun mustahil untuk beliau membayar RM100,000.

Pada masa yang sama , beliau juga memohon maaf kepada Skop Productions terutama sekali kepada Datuk Yusof Haslam dan Syamsul Yusof.  Meskipun disaman, Izwan bersyukur tidak dipenjarakan.

Kami berharap apa yang terjadi kepada Izwan ini akan menjadi pengajaran buat semua. Jangan pernah terlibat dengan jenayah cetak rompak dan hargailah usaha penggiat seni tempatan untuk menghasilkan karya berkualiti.

Kredit Foto : Instagram Munafik 2 Official

Written by Bella | November 13th, 2018

Pengarah filem pecah panggung Munafik 2, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur dan puas hati apabila Mahkamah Tinggi Taiping hari ini mengarahkan individu yang menyebarkan filem tersebut secara haram untuk membayar saman berjumlah RM 100,000 kepada Skop Productions.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh beliau di Twitter. Kata Syamsul tindakan tersebut diambil agar ia menjadi pengajaran kepada pihak tersebut yang dikenali sebagai Sasuke Kun ataupun nama sebenarnya Muhammad Izwan Shah Kamal Shah.

Selepas ini, lebih ramai lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang sama. Antara sebab beliau mengambil tindakan itu juga adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang jenayah cetak rompak.

Sumber Berita : Twitter Syamsul Yusof