April 8th, 2016

Pelawak popular Mr Os telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang tadi di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Berita pemergian Mr Os disahkan sendiri oleh anak kelima beliau Hafizul Mohd Yusof. Menurut Hafizul, bapanya dirawat di hospital berkenaan sejak hari Isnin lepas kerana sesak nafas.

Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi. Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Allahyarham sudah setahun menderita daripada penyakit berkenaan dan pernah menjalani pembedahan sekitar bulan Mac 2015 akibat pendarahan tonsil.

Antara pesanan terakhir arwah ialah beliau mahu anak-anaknya sentiasa mengingati Allah SWT dan menutup aurat.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang di kediamannya di Gombak dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata petang ini.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mr Os, ayuh sama-sama sedekahkan Al –Fatihah kepada beliau dan supaya rohnya dicucuri rahmat.

Sumber Berita : mStar Online

March 26th, 2015

Semalam, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita kononnya pelawak terkenal Mr Os sudah meninggal dunia. Berita tersebut mula tersebar di laman sosial Twitter, bagaimanapun beberapa pihak merasa sangsi dengan khabar tersebut kerana akhbar Berita Harian baru sahaja melaporkan bahawa Mr Os masih lagi dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan Tonsil.

Mr Os  kini semakin pulih dan sihat selepas hampir 8 hari dimasukkan ke Hospital Selayang dan masih lagi berehat dalam melakukan pekerjaan.

Saya telah dimasukan ke hospital selama lapan hari untuk lakukan pembedahan atas masalah kesihatan yang dialami. Kesihatan saya kian beransur pulih selepas keluar dari hospital dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar supaya penyakit itu benar-benar pulih.

Tambah Mr Os lagi, beliau harus mendapatkan rawatan susulan daripada hospital lain kerana setiap daripadanya mempunyai kepakaran yang berbeza. Pada masa yang sama, beliau berharap peminat mendoakan kesihatan beliau dan kembali sihat.

Saya harap peminat di luar sana dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan saya agar saya kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Siapalah yang mulakan gosip Mr Os dah meninggal ni? Sengaja cari perhatian ke apa? Apa perasaan anda, rasa bangga bila orang ramai mula kecoh. Janganlah gunakan media sosial untuk menyebar berita palsu.

Sumber Berita: mStar Online