Written by AbangNara | December 10th, 2012

Abang Nara memang suka program TV yang mencabar minda. Lebih-lebih lagi kalau yang menguji pengetahuan am. Dulu ada program Who Wants To Be A Millionaire yang dihoskan oleh Jalaluddin Hassan. Terngiang-ngiang sampai sekarang perkataan “Anda pasti?” yang disebut olehnya.

moneydrop season 2

Lama juga Abang Nara menunggu kehadiran program TV yang mampu menggantikan Who Wants To Be A Millionaire. Akhirnya yang ditunggu-tunggu tiba jua. Tahun 2011, program RM1,000,000 Money Drop telah muncul. Abang Nara terus addicted dibuatnya.

moneydrop season 2Kini RM1,000,000 Money Drop telah masuk ke musim kedua di tahun 2012. Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, program ini memberi peluang 2 orang peserta membawa pulang RM1,000,000 dengan menjawab 8 buah soalan. Nampak macam senang kan?
moneydrop season 2Disebabkan nampak macam senang dan peluang untuk jadi jutawanlah, beribu-ribu orang sanggup beratur untuk ujibakat RM1,000,000 Money Drop musim kedua. Hakikatnya, di musim pertama hanya 1 pasangan sahaja yang berjaya membawa pulang RM240,000 selepas menjawab kesemua 8 soalan.
moneydrop season 2Meh sini Abang Nara terangkan cara permainan RM1,000,000 Money Drop. Di awal permainan, setiap pasangan akan diberikan RM1,000,000 untuk dilaburkan. RM1,000,000 ini perlu dilaburkan sebaik mungkin untuk 8 soalan. Baki yang ada sekiranya berjaya menjawab kesemua 8 soalan akan menjadi milik pasangan tersebut.
moneydrop season 2Pada setiap pusingan peserta diberikan pilihan soalan bagi 2 kategori. Setelah kategori dipilih, peserta akan diberi 60 saat untuk meletakkan wang di petak jawapan. Ada 4 petak jawapan kesemuanya dan kalau peserta tidak yakin, boleh meletakkan wang di beberapa buah petak. Menarik kan?
moneydrop season 2Ketika musim pertama RM1,000,000 Money Drop, Abang Nara tengok dengan wife. Memang kitorang terjerit-jerit melihat gelagat peserta. Ada yang tak yakin langsung, ada yang terlebih yakin dan ada yang mengambil masa terlalu lama untuk memilih jawapan. Kadang-kadang geram Abang Nara dibuatnya.
moneydrop season 2Diharapkan pada musim kedua ini, peserta-peserta akan lebih bijak dan belajar daripada apa yang ditonton di musim pertama. Kena banyak membaca dan berdoa agar dimurahkan rezeki. Yang pasti, soalan terakhir sangat mencabar kerana hanya ada 2 petak jawapan. 1 betul 1 salah. Kena pilih betul-betul agar hati tidak kecewa melihat duit itu jatuh ke dalam balang.
moneydrop season 2Tahun ini Abang Nara tidak hanya akan menonton RM1,000,000 Money Drop di saluran Astro Ria setiap Sabtu dan Ahad jam 10 malam, tetapi akan turut join main “Live Game” di laman web Money Drop. Apa yang keluar di TV, akan keluar di game ini. Nak juga menguji kepandaian diri ini. Lagipun hadiah yang ditawarkan memang best-best belaka.
moneydrop season 2Kepada Datuk AC Mizal, tunggulah kehadiran saya dan wife sekiranya program RM1,000,000 Money Drop diteruskan untuk musim ketiga. Kami akan cuba menjadi peserta terbaik program ini. Kepada anda yang turut berminat, layari dulu laman web RM1,000,000 Money Drop untuk info terkini.