June 27th, 2013

Jika anda pengikut tegar perkembangan dunia hiburan Malaysia, pastinya ada pernah terdengar gosip yang menyatakan Misha Omar pernah berkahwin. Kalau tak silap Abang Nara, si “suami” Misha Omar adalah seorang ahli perniagaan Kelantan. Malah ada gosip yang menyatakan kelewatan perkahwinan Misha dengan Firos adalah kerana sedang menunggu surat cerai daripada si “suami” itu.

misha omar kahwin

Menurut Misha Omar, dia mengenali lelaki yang membuat dan menyebarkan tuduhan tersebut. Kata Misha kepada Mstar Online:-

Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama. Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan. Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin

misha omar pernah kahwin

Siapakah gerangan lelaki yang membuat tuduhan sebegini terhadap Misha Omar? Adakah lelaki itu kecewa kerana Misha menolak cintanya? Kalau lelaki itu betul-betul ada bukti, tampilkanlah surat bukti Misha pernah berkahwin. Setakat cakap kosong, semua orang pun boleh buat. Tak gitu?

P.S: Model terbaru daripada Proton pada tahun 2014

June 26th, 2013

Setelah 2 kali menangguhkan, akhirnya hari ini Misha Omar mengumumkan yang tarikh pernikahannya bakal berlangsung pada bulan Februari 2014. Untuk makluman, Misha telah pun bertunang dengan Fiross Ezzwan Rosly sekitar bulan Februari 2012 yang lalu. Pastinya orang yang paling gembira dengan pengumuman ini adalah Misha dan tunangnya.

misha kahwin

Berita gembira ini telah disampaikan oleh Misha sendiri ketika sidang media pelantikannya sebagai duta pertama jenama cat ternama tempatan, Colourland, bertempat di The Bee, Publika. Namun begitu, tarikh tepat majlis pernikahan masih belum ditentukan dan akan dibincangkan selepas Hari Raya kelak. Kata Misha:-

Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami. Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya.

Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar.

misha tunang

Semoga kali ini tidak akan ada halangan lagi buat Misha dan Firos untuk bergelar suami isteri. Diharap kedua-duanya akan mengosongkan jadual masing-masing demi hari bersejarah tersebut. Sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan untuk bakal pengantin kita ini.

P.S: Teaser Mazda 3 2014 dipertontonkan oleh Mazda US

May 24th, 2012

Nampaknya Misha Omar terpaksa bersabar sedikit sahaja lagi untuk sah bergelar isteri kepada Firos selepas majlis perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan. Bukan kerana ada keretakan perhubungan, tetapi kerana Misha ingin memberi peluang kepada Firos untuk menumpukan kerjayanya sebagai juruterbang MAS. Memang beruntung Firos mendapat tunang yang begitu memahami seperti Misha ini.

misha omar

Kata orang, jodoh maut di tangan Tuhan. Kalau dah tertulis jodoh Misha sememangnya dengan Firos, pasti suatu hari nanti akan bertaut jua. Buat masa ini, izinkan Abang Nara melahirkan rasa kagum kepada Misha yang sanggup bertolak ansur demi kerjaya bakal suaminya. Iyerlah, Misha pun bukannya muda sangat. Lagipun orang kata tak manis bertunang lama sangat kerana takut dugaan yang menimpa.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar pertunangan Misha ini akan sampai ke jinjang pelamin selepas segalanya selesai. Amin ~~