September 11th, 2016

Sejak Fattah Amin putus cinta dengan Sherry Ibrahim, ramai orang mula mengaitkan Mira Filzah bersama aktor itu. Lebih dasyat lagi, ada peminat fanatik yang hendak sangat mereka bercinta sehingga membuka akaun Instagram khas gabungan nama  Fattah dan Mira.

Namun, Mira sekali lagi menegaskan beliau sekelumit pun tidak mempunyai sebarang perasaan cinta buat Fattah. Malah, mereka berdua tidaklah begitu rapat seperti yang disangkakan.

Hubungan kami sekadar rakan artis, tidak lebih daripada itu. Kami juga tidak begitu rapat seperti mana yang disangka sesetengah pihak.

Bukan kali pertama namanya dihimpit gosip percintaan, Mira bagaimanapun tidak mudah melatah dan sedar ia adalah asam garam kehidupan sebagai seorang selebriti.

Ditanya mengapa beliau belum lagi mempunyai insan istimewa didalam kehidupannya, Mira memberitahu buat masa ini beliau ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjayanya sebagai pelakon yang baharu sahaja ingin mengukuhkan namanya di dalam industri lakonan tempatan.

Bukan tidak mahu bercinta, cuma masanya belum tiba. Ada baiknya saya fokus terhadap kerjaya terlebih dulu.

Biasalah, bila seseorang artis wanita cantik dan masih solo pasti mereka akan dihimpit pelbagai gosip cinta. Lebih-lebih lagi kalau mereka mempunyai jumlah peminat yang ramai dan agak fanatik, tentu ada sahaja harapan mereka untuk melihat artis pujaan mereka bercinta dengan mana-mana pelakon lelaki.

Sumber Berita : Kosmo!

August 31st, 2016

Selepas Fattah Amin menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Mira Filzah,  terbaru Mira juga menegaskan perkara yang sama dan memberitahu tiada bibit cinta antara mereka dan hanya berurusan atas dasar kerja semata-mata.

Menurut Mira jangan cepat percaya dengan apa-apa berita jika ia tidak keluar daripada mulutnya sendiri.

Tiada apa-apa hubungan istimewa antara kami. Semuanya dilakukan atas dasar kerja. Memang tidak ada yang lebih-lebih seperti heboh diperkatakan. Selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri, saya bercinta dengan sesiapa, bermakna saya masih single. Cerita yang bertebaran itu tidak benar sama sekali.

Saya selesa berkawan dengan semua orang. Sebelum ini pun saya pernah cakap, mungkin dengan berkahwin saja barangkali cerita sebegini akan lenyap. Bagaimanapun saya belum ada calon lagi, jadi macam mana nak kahwin?

Berbicara mengenai keputusan beliau untuk menyertai syarikat pengurusan Myfastyle yang turut menaungi Fattah dan bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim, Mira mengatakan ia adalah hasil perbincangan antara beliau dan pemilik syarikat iaitu Faz Subari dan Eddie Stefani dan langsung tidak ada kena mengena dengan Fattah.

Menurut Mira, beliau ingin bernaung disebuah syarikat yang lebih berpengalaman dalam menguruskan artis.

Seperti penyertaan saya dalam syarikat Myfastyle pun kerana saya berhubung sendiri dengan Faz. Daripada perbincangan itu, saya dan dirinya berkongsi idea. Memang tiada kaitan dengan Fattah.

Saya menyertai syarikat berkenaan kerana saya memerlukan mereka yang lebih pakar dan berpengalaman dalam menguruskan apa saja tawaran membabitkan tanggungjawab sebagai duta atau jenama.

Bak kata Mira selagi beliau tidak mempunyai teman lelaki ataupun berkahwin pasti beliau akan dihimpit dengan gosip cinta. Susah juga jadi orang cantik dan popular. Hehe

Sumber Berita : BH ONLINE