September 30th, 2019

Pengarah drama terkenal Michael Ang dikenali sebagai seorang yang bermulut ‘lahar’ dan memang lantang bersuara mengenai pelbagai isu menerusi media sosial. Tidak dinafikan sesetengah pendapatnya memang benar dan ada juga yang tidak mendapat persetujuan ramai.

michael ang sindir han byul

Terbaru, Michael menerusi akaun Twitternya seakan “memerli” tentang siapa yang bakal menjuarai program Big Stage 2019 dimana konsert final akan berlangsung pada minggu hadapan.

“Biasalah orang Malaysia, bila orang

luar reti cakap Melayu terus julang

mereka sampai langit”

michael ang perli han byul

Menurut Michael, Neeta menjadi pilihannya kerana mempunyai potensi besar untuk bergelar juara, menyanyi pun sedap dan cukup berbakat sekali.

michael ang han byulhan byul big stage 2019

Namun, sudah menjadi kebiasaan orang Malaysia, sesiapa sahaja orang luar yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu pasti akan dibangga-banggakan, “cair” habis sehingga menjunjung mereka sampai ke langit.

“Tak salah orang bukan Malaysia

menang, Han Byul pun berbakat”

Rata-rata netizen mempercayai kata-kata perli itu ditujukan kepada Han Byul yang turut berjaya ke peringkat akhir Big Stage 2019.

han byul big stage finalhan byulhan byul michael anghan byulfinal big stage 2019Ada yang menyokong kenyataan Michael tetapi ramai yang berpendapat tidak ada salahnya jika Han Byul menang kerana dia juga berbakat dan persembahannya berkualiti.

Pada pendapat kami, setiap finalis akhir Big Stage 2019 mempunyai kekuatan mereka tersendiri. Walaubagaimanapun, adat pertandingan pasti ada menang ada kalah, jadi tidak perlu membuat perbandingan.

Sumber Berita : Forum CARI