May 14th, 2010

mia sara nasuha amani adamaya

Hebat sungguh penangan drama Adamaya. Sampai tertubuhnya Facebook Kami Peminat Mia Sara Nasuha @ Amani. Dan jumlah fans dia pun bukan calang-calang. Dah cecah 100 ribu lebih. Memang hebat tahap gaban. Facebook BeautifulNara tak cecah pun 10 ribu lagi.

Kami suka gile tengok budak sorang nie. Comel gila-gila. Memang muka fotogenik. Kalau duduk sebelah memang rasa nak peluk dan cubit jer. Geram tengok pipi dia tue. Harap-harap dah kahwin nanti boleh dapat anak comel macam nie. Hehehe.

Oh kepada peminat drama Adamaya, jangan sedih-sedih yek cerita tue dah habis. Happy ending kan? Mungkin pasnie ada lagi drama yang sebest Adamaya. Setakat ini untuk adik Mia Sara nie tak ada projek baru lagi.

Pesanan kami, dah besar nanti jangan lupa mak ayah. Jangan lupa diri. Dan jangan jadi popular kerana kontroversi. Jadi popular kerana prestasi tak apa. Tirulah akak Lisa Surihani. Moga-moga besar nanti akan jadi pelakon wanita yang paling hebat.

P.S: Jangan lupa doakan skuad Piala Thomas 2010 kita yang akan menentang China di perlawanan separuh akhir jam 7 nie. Abang Nara akan ke stadium untuk bagi sokongan padu kat diorang. Malaysia Boleh!!!

UPDATE: Sila tengok video kemenangan Piala Thomas 1992 untuk kasik semangat kita naik lagi petang nie. Kasi gegar sama China!!!

Advertisement
May 4th, 2010

gambar comel lisa surihani dan amani

Wahhhhhhh ~~ Super comel Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha nie. Dedua pun tengah meletop bak gunung berapi dalam drama Adamaya. Sapa sini layan drama tue sila angkat tangan. Kami tak sempat nak layan pun sebab time-time pukul 6 tue still kat ofis lagi. Dengar ceritanya drama Adamaya nie memang best gila-gila punya. Betul ke?

Tapi Mia Sara Nasuha atau lebih femes dengan nama Amani dalam drama Adamaya nie tersangatlah cutenya. Rasa nak cubit-cubit jer kalau ada kat sebelah. Lepas cubit nak gigit-gigit pipi dia. Tembam semacam je. Geram pulak tengok. Besar nanti confirm akan jadi cun macam Lisa Surihani. Harap-harap nanti besar pun tak banyak kontroversi macam akak Lisa ek.

Lagi gambar tersangatlah cute Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar comel lisa surihani dan amani

gambar comel lisa surihani dan amani

gambar comel lisa surihani dan amani

gambar comel lisa surihani dan amani

gambar comel lisa surihani dan amani

gambar comel lisa surihani dan amani

Advertisement