Written by AbangNara | April 6th, 2015

Ketika membuat ucapan selaku pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2014, Shaheizy Sam telah menyebut yang dirinya bukan lagi di bawah pengurusan Metrowealth Pictures. Seperti yang kita sedia maklum, Metrowealth Pictures adalah milik penerbit filem terkenal, David Teo. Ramai yang terkejut mendengar kata-kata Shaheizy Sam tersebut dan tidak menyangka pengumuman sebegitu akan dilakukan pada saat-saat gembira pelakon tersebut.

shaheizy sam

Berdasarkan pemerhatian Abang Nara di Instagram David Teo, beliau baru sahaja memuatnaik gambar Shaheizy Sam dan menulis pelakon tersebut di bawah MIGTalent. Adakah penarikan diri Shaheizy Sam tidak diketahui oleh David Teo sendiri? Hmmmmm.
shaheizy sam

Pastinya ada penjelasan yang lebih jitu akan diberikan oleh Shaheizy Sam dan David Teo tentang perkara ini. Hubungan mereka berdua boleh disifatkan sebagai ayah dan anak. Pasti ia satu kerugian besar jika Shaheizy Sam keluar daripada naungan Metrowealth. Sama-samalah kita nantikan penerangan daripada pihak yang terbabit. Terima kasih @melakaboy untuk informasi.

Written by AbangNara | November 21st, 2013

Nama Villa Nabila memang popular sehari dua kebelakangan ini. Khabar angin kononnya 30 orang masuk ke dalam Villa Nabila tetapi hanya 7 yang berjaya keluar ternyata menaikkan lagi keseraman. Malah villa yang terletak di Johor Bahru ini turut disenaraikan sebagai salah sebuah tempat paling berhantu di dalam Expedia pasti membuatkan bulu roma naik jika anda singgah ke situ.

villa nabilaSusulan popularati yang dijana baru-baru ini, David Teo, boss besar Metrowealth berkata bahawa pihaknya bercadang untuk memfilemkan mengenai villa misteri ini. Kejayaan filem Highland Tower yang mengutip lebih daripada RM3 juta meyakinkan lagi David Teo untuk mengulangi kejayaan yang serupa menerusi filem Villa Nabila. Kata David Teo:-

Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar.

Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini.

david teo

Bagi Abang Nara, David Teo memang bijak orangnya. Inilah cara orang berniaga berfikir. Mana yang boleh datangkan keuntungan, perlu digunakan secepat mungkin. Lagipun mana tahu melalui filem Villa Nabila kelak, segala misteri mengenai tempat itu akan terbongkar. Diharap para pelakon dan pengarah jangan lupa baca ayat pendinding. Takut-takut nanti masuk Villa Nabila tak jumpa jalan keluar pulak. Hehehe. Info asal Berita Harian.

Written by serenity | October 19th, 2013

Sebelum ini, Diana Amir telah merahsiakan siapa tunangnya, namun petang semalam melalui satu sidang media, pelakon itu telah menunjukkan siapa orangnya. Nama tunang Diana Amir ialah Mohd Habib Bullah A. Rahman dan memang segak orangnya.


 photo 1410801_645042318852092_700207861_o.jpg
 photo 1243624_645050172184640_386635949_o.jpg

Pasangan ini mengumumkan akan bernikah pada 25 Oktober ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Majlis pernikahan ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Yakult (M) Sdn Bhd dan seramai 250 orang tetamu yang terdiri dari ahli keluarga dan teman rapat bakal hadir. Turut kelihatan di sidang media ialah David Teoh yang juga majikan Diana amir.

Lagi 5 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar ST Photography. Sila ke laman web rasmi beliau untk melihat pakej-pakej fotografi perkahwinan menarik untuk hari bersejarah anda.


Mereka yang mempunyai bakat persembahan unik, kumpulan tari tradisional kanak-kanak dan pasangan joget dijemput beramai-ramai untuk ujibakat MyGempak II di Plaza Pelangi, Johor Baru, Johor untuk program Mimpi Ke Bintang, Lantai Cilik dan Planet Joget dari 17 – 21 Oktober ini. Hadiah lumayan menanti para pemenang serta peluang beraksi di rangkaian televisyen nasional. Jangan lepaskan peluang ini!

 
Written by serenity | October 7th, 2013

Tidak dapat dinafikan, David Teoh ialah individu yang mula-mula memperkenalkan Wawa Zainal ke industri filem melalui filem-filem terbitan syarikatnya, Metrowealth Movies Production (MIG). Menurut laporan Berita Harian (BH) hari ini, walaupun kini sedang diselubungi kontroversi pernikahan rahsia dengan pelakon Aeril Zafrel, David sudi menerima Wawa untuk terus berlakon di bawah syarikatnya.

Bagaimanapun, Aeril Zafril tidak akan dibenarkan berlakon filem terbitan MIG sampai bila-bila. Kata David:-

Wawa masih muda dan saya faham, wanita dalam usia sepertinya pasti ada melakukan kesilapan. Buat masa ini, saya hanya ingin mendengar penjelasannya berhubung perkara terbabit dan jika dia ingin kembali ke dunia lakonan, saya tetap akan menerimanya dengan hati terbuka.

Namun, buat Aeril, saya sudah serik dengan sikapnya yang pernah menipu, kononnya pergi belajar agama, tetapi dia pergi berlakon dengan produksi luar, Saya tidak lagi percaya dengannya dan tidak berminat langsung mengambilnya berlakon dengan produksi saya.

Cerita David Teoh lagi, dia bukanlah tidak membenarkan langsung artis di bawah syarikatnya untuk bercinta, tetapi biarlah hanya jika melepasi tahap kematangan serta sudah pandai membezakan yang baik dengan yang buruk. Contoh yang diberi oleh David ialah Lisa Surihani dan Intan Ladyana. Dan paling penting, jangan disorokkan percintaan tersebut.

David juga memberitahu, dia membenarkan Wawa bercuti panjang sebelum ini setelah Wawa memberikan alasan mahu berubat kerana ‘penyakit misteri’. Pihaknya pernah cuba memberi bantuan kepada Wawa berkenaan ‘penyakit misteri’ itu, namun ditolak mentah-mentah oleh pelakon tersebut. Tambah David:-

Rupa-rupanya penyakit misteri yang lain.

Untuk artikel penuh, sila dapatkan akhbar Berita Harian hari ini. Menurut laporan tersebut juga, kedua-dua Aeril Zafrel dan Wawa Zainal gagal dihubungi untuk mengulas mengenai perkara tersebut, sama ada melalui panggilan telefon mahupun kiriman SMS.