January 15th, 2016

Pelakon Marissa Yasmin yang kini sedang popular membawa watak sebagai ibu Hisyam Hamid didalam drama bersiri Memori Cinta Suraya sah bercerai talak satu bersama suaminya, Muhamad Muhzir.

Muhzir sah melafazkan talak dihadapan Hakim Syarie Mohd Hisyam Zakaria di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, Muhzir telah memfailkan permohonan cerai pada 27 November 2015 mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pada prosiding itu, Muhamad Muhzir selaku plaintif diwakili peguam Jamal Mohd Lokman manakala Marissa diwakili peguam Musa Awang.

Marissa dan Muhzir mendirikan rumah tangga pada tahun 2010, namun mereka tidak mempunyai anak bersama.

Sumber Berita: BH ONLINE

December 15th, 2015

Setiap wanita pasti memasang beberapa impian bagi majlis perkahwinan idaman mereka. Buat Anzalna Nasir yang bakal berkahwin tahun hadapan, beliau dan kekasih Hanif Zaki mengimpikan majlis seperti  keluarga diraja British atau lebih tepat seperti pasangan Putera William dan Kate Middleton.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang mengkritik serta mempersoalkan mengapa Anzalna harus memilih konsep yang langsung tidak memartabatkan budaya Melayu dan lebih bangga dengan adat negara Barat.

Sedar ia satu perkara yang menjadi bualan agak hangat, Anzalna menerusi laman sosial Facebook menegaskan perkahwinan beliau tetap mengikut ajaran Islam serta adat Melayu.

Hi guys, let me explain. Ini hanyalah konsep dan idaman saya. Tetapi tetap berlandaskan kepada ajaran Islam dan mengikut adat kita. Doakan yg baik baik ok!

Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan pada 21 Februari di  Masjid Negara manakala majlis resepsi mereka pula diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari.

Anzalna juga  merancang untuk berbulan madu di  Pulau Maldives atau Pulau Bora Bora di Perancis kerana mahukan suasana ketenangan dan selepas itu, Hanif akan membawa kedua-dua belah keluarga untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Tidak menjadi satu kesalahan untuk pilih konsep apa sekali pun asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. H

Sumber Berita: Facebook Anzalna Nasir

August 20th, 2015

Pelakon yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan cantik rupa parasnya, Anzalna Nasir memberitahu beliau tidak perlu bersaing bersama rakan seperjuangan iaitu Neelofa dan Tasha Shilla yang  sama-sama lahir daripada program mencungkil bakat Dewi Remaja kerana percaya setiap daripada mereka sudah mempunyai aturan rezeki sendiri.

Jangan membandingkan saya dengan rakan seperjuangan saya menerusi program Dewi Remaja kerana masing-masing ada rezeki sendiri. Saya berpendapat, tidak perlu berlumba-lumba untuk menjadi yang lebih baik daripada yang lain.

Asalkan ada tawaran yang tidak putus, itu sudah mencukupi buat saya. Tidak timbul istilah iri hati kerana saya sendiri bangga dengan pencapaian rakan pada usia muda. Alhamdulillah, rezeki saya pun sudah tertulis dan saya selesa berada di tahap ini dengan sokongan peminat tanpa henti.

Selain itu, Anzalna sebelum ini pernah mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan teman lelakinya Hanif Zaki tidak lama lagi dan mereka sekarang sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis tersebut.

Walaubagaimanapun, Anzalna hanya akan mengumumkan tarikh majlis pernikahan mereka sebulan sebelum ia berlangsung.

Untuk apa kita ada rasa iri hati melihat kejayaan orang lain bukan? Percayalah rezeki itu memang sudah tertulis untuk kita apa yang penting kena rajin dan usaha untuk mendapatkannya.

Sumber Berita: BH PLUS