Written by AbangNara | June 29th, 2015

Selain berpuasa, bulan Ramadhan juga adalah bulan di mana kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah. Mengikuti saranan ini, jenama emel by Melinda Looi bersama-sama selebriti terkenal, Liyana Jasmay telah pun mengadakan majlis berbuka puasa pesakit kanak-kanak Penyakit Jarang Jumpa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ini adalah satu inisiatif yang harus dipuji dan perlu dicontohi oleh kita semua.

emel by melinda looi

Penyakit Jarang Jumpa lazimnya melibatkan sakit kronik, memudaratkan, melarat dan membahayakan nyawa serta menjadikan seseorang kurang upaya. Di Malaysia, dianggarkan tiga hingga lima peratus bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan kelahiran yang mungkin sebahagiannya adalah Penyakit Jarang Jumpa. Majlis Amal dan Berbuka Puasa bersama Emel by Melinda Looi diraikan bersama kanak-kanak pesakit Penyakit Jarang Jumpa dalam suasana yang meriah. Ini juga merupakan salah satu cara pereka fesyen Melinda Looi beraspirasi untuk berkongsi kegembiraan dan kejayaan yang telah dicapai sejak berkecimpung dalam industri fesyen.

emel by melinda looi

Semoga dengan majlis berbuka puasa ini dapat menguatkan lagi semangat kanak-kanak ini. Tahniah kepada Melinda Looi dan Liyana Jasmay atas usaha anda. Semoga ia diberkati lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Ketahui lebih lanjut tentang emel by Melinda Looi di www.emelbymelindalooi.com. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 5th, 2013

Lama tidak mendengar khabar si comel Diana Amir ini. Sejak bertunang dengan seorang pensyarah, memang tidak banyak berita yang terpampang mengenai dirinya. Terbaru, Diana Amir telah berkolaborasi dengan Melinda Looi untuk menghasilkan koleksi tudung yang dikenali sebagai “Diana Amir x emel“.

diana amir

Kolaborasi mereka berdua ini memang cukup sempurna di mata Abang Nara. Cantik-cantik semua tudung yang dikeluarkan. Tambah cantik apabila modelnya adalah Diana Amir. Pasti koleksi ini akan menjadi rebutan ramai lebih-lebih menjelang Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

diana amir

Lagi beberapa keping gambar Diana Amir menggayakan koleksi tudung rekaan Melinda Looi dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Untuk info lanjut dan cara pembelian, anda boleh layari Facebook Melinda Looi.