April 9th, 2013

Kalau tahun lepas MasterChef Selebriti Malaysia diserikan dengan kehadiran Azwan Ali, nampaknya untuk musim kedua ini juga akan penuh dengan dramanya yang tersendiri. Seramai 19 selebriti akan bertarung di dalam musim kedua MasterChef Selebriti Malaysia kali ini.

masterchef selebriti
Abang Nara tak sabar nak tengok kehandalan Rozita Che Wan memasak di dapur. Dengar cerita Che Ta siap hadiri kelas masakan untuk persediaan MasterChef Selebriti ini. Pasti hebat. Kehadiran Zain Saidin pastinya akan mewujudkan suasana romantik antara mereka berdua.
masterchef selebriti19 selebriti yang akan bertarung ialah Afiq Muiz, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Cat Farish, Celina, Enot, Kenchana Devi, Keros Nazri, Lydiawati, Michael Ang, Norish Karman, Radhi OAG, Rozita Che Wan, Sabhi Sadhi, Sathia, Sharifah Shahora, Syanie, Syura, Yahya Yassin dan Zain Saidin. Banyak juga nama-nama yang hebat kan? Namun hebat ke mereka memasak?

masterchef selebriti
Abang Nara pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua ini. Anda pula bagaimana? Siapa yang anda akan sokong? Siapa yang akan tersingkir? Sama-sama kita saksikan bermula 20 April ini di saluran Astro Ria.

May 22nd, 2012

Rancangan Masterchef mendapat sambutan hangat bukan saja di negara luar, malah di Malaysia. Mungkin atas sebab itu, Astro membuat keputusan untuk menerbitkan program realiti MasterChef Selebriti Malaysia, yang akan disiarkan melalui rangkaian Astro Ria (saluran 104). Program ini khabarnya akan disertai oleh 16 selebriti terkenal tanah air dan memulakan penggambaran 27 Mac 2012.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Ia menggunakan konsep yang serupa dengan konsep MasterChef Malaysia dan akan menampilkan Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.

Sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pertama akan diadakan di Dapur MasterChef yang terletak di Industrial Park, Shah Alam pada Selasa depan.

MasterChef Selebriti Malaysia diinspirasi daripada kejayaan MasterChef Malaysia yang telah berjaya menobatkan Dr Izani Farhana Md Monoto sebagai juara. Macam mana agaknya Azwan Ali memasak di dapur MasterChef? Bagaimana pula sengan Serina yang ahli keluarganya merupakan chef-chef terkenal? Adakah terdapat laharan dan laser-melaser? Nantikan hanya di MasterChef Selebriti Malaysia!