January 8th, 2018

Sikap pelik Iqram Dinzly sejak kebelakangan ini menimbulkan persoalan pada ramai pihak. Berkelakuan lucah, bercakap pelik sewaktu membuat siaran langsung di Instagram Live, dan terbaru, Iqram telah menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Che Mat’ ketika ditemubual di rancangan Melodi secara langsung. Iqram telah meminta maaf, mendakwa tidak sedar ketika ungkapan itu keluar dari mulutnya.

Perbuatan Iqram menyebabkan dia dikecam Netizen malah Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mempersoalkan mengapa dia boleh berkata begitu dalam program yang ditonton oleh masyarakat serta menggelarnya ‘sampah’.

Penyanyi Rap, Caprice, berkata Iqram sebenarnya tidak sihat dan memerlukan rawatan dalam satu video viral di Instagram:

Iqram Dinzly telah menjadi viral–dia menari di depan kamera, bercakap bukan-bukan di depan kamera, dan saya melihat dia sebagai seorang yang tidak sihat.  Dia sebenarnya sedang meminta pertolongan.

Pihak media telah menemubualnya, dan terbaru, dia muncul di Melodi dan memanggil baginda Rasulullah ‘Che Mat’. Kini masyarakat yang kuat agama menyerangnya.

Sekiranya anda menyerang dan menimbulkan provokasi terhadapnya di media sosial, andalah sebahagian dari masalah ini  (kurang kesedaran mengenai penyakit kemurungan).

Sekiranya anda ialah pihak media yang membenarkan dia bercakap pelik-pelik di televisyen, sekiranya anda seorang ustaz dan anda kini menyerangnya, anda juga adalah sebahagian dari masalah ini. Kenapa?

Anda sepatutnya tidak menyerang dan memprovokasi seorang yang seorang yang ‘tidak sihat’. Anda boleh lihat semua ini. Memang jelas dia tidak sihat. Sepatutnya anda tidak mempersendakan dia. Tidak perlu tanya dia apa-apa soalan, dia perlukan pertolongan .

Sekiranya anda kumpulkan semua orang gila di KL, biarkan mereka muncul di televisyen, berikan mereka mikrofon seorang satu, dan mereka bercakap benda-benda yang pelik, adakah anda salahkan mereka kerana cakap benda pelik, atau salahkan stesen TV yang menjemput mereka?

Dia hanya perlukan pertolongan dan rawatan.

Sebelum ini, terdapat pakar perubatan yang meminta Iqram mendapatkan rawatan klinikal kerana mempunyai ciri-ciri individu yang sedang mengalami kemurungan.

Bagaimanapun, rakan-rakan artis, ibu dan mungkin juga Iqram sendiri menyangkal dakwaan tersebut.

Caprice mungkin merujuk keadaan ini sebagai ‘sebahagian dari masalah tersebut’ iaitu stigma dan kurang kesedaran mengenai masalah kesihatan mental yang memerlukan rawatan dan preskripsi ubatan.

Sekiranya perkara ini terus dibiarkan, tidak mustahil keadaan Iqram akan menjadi lebih serius dan memberi kesan negatif kepadanya suatu hari nanti. Apa pendapat anda?. – beautifulnara.com

 

August 17th, 2017

Kisah pergolakan rumahtangga antara dua personaliti media sosial kini menjadi semakin hangat bila Hafiz Hamidun yang sebelum ini dilihat mendiamkan diri mengenai status-status yang dimuat naik Joy Revfa kini mula memberi maklumbalas.

Sebelum itu, Joy telah menulis status panjang di Facebook mengenai tanggungjawab seorang suami, dan karangan Joy itu seolah-olah memberi bayangan bahawa Hafiz mengalami masalah batin.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Status ini dimuat naik oleh Joy di akaun Facebooknya semalam:

Screen_Shot_2017-08-17_at_7.47.11_AM

Disebabkan status Joy itu, ada pihak membuat spekulasi masalah rumahtangga mereka ialah kerana Hafiz Hamidun mempunyai masalah tenaga batin. Enggan melayan spekulasi, seorang individu di Instagram telah bertanya terus kepada Hafiz sama ada dia mempunyai masalah seperti dimaksudkan.

image

Hafiz bagaimanapun menafikan mempunyai masalah tenaga batin, malah dia sempurna dari segi zahir mahupun batin. Hafiz memberitahu dia akan memberikan penjelasan bila tiba masanya.

DHW_wt_DUMAAz_Iah

Hafiz juga membuat kenyataan menyindir Joy, mengatakan yang hakikatnya Joy tahu sebab sebenar pergolakan rumahtangga mereka tetapi berselindung di balik karangan acah suci dan dia tiada hujah yang boleh diterima.

"DHW</p

Dari penjelasan Hafiz itu ternyata dia memang tidak mempunyai masalah batin seperti yang dikatakan, oleh itu Netizen seharusnya berhenti berspekulasi. Mungkin masih ada perkara lain yang belum kita tahu yang bakal diumumkan oleh Hafiz seperti yang pernah diberitahu sebelum ini.

Tinjauan penulis pendapati status yang mengandungi komen-komen ini telah dipadamkan. – beautifulnara.com

Sumber: Mr. Zorro

August 14th, 2017

Kisah rumahtangga penyanyi Hafiz Hamidun dengan personaliti media sosial Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin yang dikatakan bergolak kini hangat diperkatakan.

Gambar: mStar

Punca sebenar pergolakan tersebut masih belum didedahkan, manakala Hafiz memberitahu akan membuat satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu dalam sedikit masa lagi.

Terbaru, kakak Joy atau kakak ipar Hafiz Hamidun telah mengeluarkan dua status di Facebook, dipercayai merujuk kepada Hafiz. Status ini dikirimkan pada penulis oleh seseorang yang enggan dikenali.:

20767779_1945104325775657_399670977029596940_n
20664953_1945106745775415_5243551030238145186_n

Pergolakan dalam rumahtangga Hafiz dan Joy mula diperhatikan kebelakangan ini apabila Joy dilihat sering memuat naik kapsyen dan gambar di akaun Instagramnya seolah-olah tidak berpuas hati dengan Hafiz, manakala Hafiz dilihat tidak lagi memuat naik gambar Joy, malah memadam semua gambar Joy dari Instagramnya.

Pasangan ini diijabkabulkan pada Mei lepas selepas perkenalan singkat dan menyandarkan untuk mengenali hati budi masing-masing selepas bernikah.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.-beautifulnara.com

December 17th, 2015

Pelakon Almy Nadia dilihat tidak lagi berlakon untuk sebarang projek terbaru setelah melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan pelakon Fizz Fairuz. Almy mengakui tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon walaupun merasa rindu untuk berlakon semula.
 photo image.jpg
Dia juga ditanya sama ada sudah berjaya menguruskan badan, menyebabkannya tawar hati dan memilih untuk meneruskan perniagaan sengkuang calit sahaja. Kata Almy kepada Sinar Harian:

Tipulah jika saya tidak rindu untuk berlakon semula setelah melahirkan anak. Masa mula-mula dahulu memang rindu, kemudian lepas bersalin ada satu masa saya rindu lagi untuk beraksi.

Namun setelah beberapa bulan kemudian, masih tiada tawaran di samping terdengar pengarah bertanya sama ada badan saya sudah turun ke belum dan dalam masa sama saya sudah mula berniaga, jadi bagi saya, lebih baik saya teruskan berniaga.

Almy memberitahu dia juga akan mengambil kira faktor bayaran sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

Rasanya bagi saya berniaga lebih seronok kerana tunggu berapa jam pun di gerai, masih boleh jual barang di samping berpuas hati apabila dapat memberi orang makan.

Jika ditawarkan berlakon semula, saya perlu lihat juga pada bayaran. Sekiranya penggambaran sembilan hari hanya dibayar RM1,000 atau 2,000, lebih baik saya berniaga.

Almy juga mendakwa pelakon baharu sering menjadi pilihan penerbit dan stesen televisyen kerana mereka boleh dibayar rendah dan mudah untuk dikerah.

Pelakon baharu boleh dikerah dan dibayar rendah. Lagipun asal muka cantik dan hensem, mudah sahaja mereka berlakon.

Berbanding ketika kami dahulu ada label tersendiri, jika seseorang artis mahu masuk slot yang best mestilah dibarisi pelakon popular dan terkenal.

Jika artis itu tiada nama dan baharu, mereka tidak akan di pandang. Namun kini sangat berbeza asalkan ada rupa.

Oleh itu, pelakon lama seperti saya sudah tidak dipandang produksi dan stesen TV.

Kenyataan Almy itu turut mendapat reaksi dari pelakon Azhar Sulaiman.

Btw…….Pihak Produser suka ambik pelakon pelakon baru bukan sebab mereka mahu:-1-muka cantik sahaja tapi tak reti…

Posted by Azhar Sulaiman on Wednesday, 16 December 2015

Apa pun, Almy cantik dan berbakat juga orangnya, cuma mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak seperti kebanyakan wanita. Sekiranya membabitkan diri dalam perniagaan lebih memuaskan hatinya, selamat maju jaya diucapkan buat Almy. Apa pendapat anda?