May 11th, 2016

Kemelut antara Maria Farida dengan pengasas produk kecantikan KR Beauty Care , Karen Rayyan seakan semakin menjadi-jadi.

Beberapa hari lepas, Shazleen Rahman iaitu anak Datuk Rahman ada memuat naik video dimana adiknya Rayyan mengaku ditampar oleh ibu tirinya iaitu Maria Farida. Video itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada pihak terus mengkritik Maria jahat dan sebagainya.

Berikut adalah video yang dimuat naik oleh Shazleen :-

Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Maria menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik video dimana Rayyan disoal oleh Datuk Rahman bagaimana Maria menjaga anak tirinya selama ini.

Ada satu bahagian didalam video tersebut, Rayyan memberitahu beliau menipu kerana takut ibunya akan memukul beliau.

Kami tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai video-video diatas, tetapi kesian juga kepada anak kecil yang tersepit di tengah-tengah kemelut antara dua wanita berkenaan. Ermmh..

May 6th, 2016

Pelakon Datin Maria Farida telah nekad untuk mengemukakan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan. Hasratnya itu diluahkan menerusi satu sidang media yang diadakan oleh beliau sebentar tadi.

Maria sudah tidak tahan apabila Karen sering memfitnah beliau sebagai punca rumah tangga beliau dan Datuk Rahman retak sehingg bercerai.  Selain itu Karen juga menjaja cerita kononnya Maria berebut kasut dengan anak tirinya,bomohkan suami , perampas suami orang dan lebih teruk lagi Maria dikatakan menampar anaknya.

Malah, sejak 9 bulan lalu Karen sering mengganggu Maria dengan menghantar pelbagai mesej dengan bahasa kesat dan berbaur ugutan.

Setiap hari sejak sembilan bulan lalu dia hari-hari menghantar SMS ugutan, makian dan cacian terhadap saya dan suami dengan menggunakan bahasa kesat yang malu untuk saya nyatakan di sini.

Maria (kiri) dan Karen (kanan) ketika masih bersahabat

Itu belum termasuk segala fitnah yang dia lemparkan terhadap saya secara terbuka di laman sosial tetapi saya masih berdiam diri dan enggan melayan semua tuduhan.

Tetapi apabila dia menuduh saya menampar anaknya, melabel saya sebagai seorang ibu tiri yang jahat malah menuduh saya menggunakan ilmu hitam, ia sudah melampau dan melebihi tahap kesabaran saya. Jalan terbaik adalah menyelesaikan kes ini di mahkamah dan saya telah pun memfailkan saman fitnah terhadapnya berhubung isu ini. Lagi saya diam, dia semakin menjadi-jadi.

Terdahulu, Maria pernah menghantar dua surat saman kepada Karen  pada bulan November dan Disember tahun lalu, tetapi pelakon itu tidak mengambil apa-apa tindakan kerana Karen berjanji akan berubah.  Walaubagaimanapun, Karen telah memungkiri janji dan masih mengganggu rumah tangga  Maria.

Datuk Rahman pula memberitahu, insiden beliau dilanggar oleh bekas isterinya itu adalah benar. Kejadian tersebut berlaku  di Taman Nirwana, Ampang pada Isnin lepas.

Kejadian itu berlaku kerana saya ingin ambil anak-anak kerana mereka hak saya dan dia telah melanggar perintah mahkamah tetapi dia pula bertindak melanggar saya sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Tetapi dia dakwa dia cuba pertahankan diri dan saya terjatuh tetapi hakikatnya dia di dalam kereta saya di luar malah saya terheret sejauh lima meter. Dia kata dia pertahankan diri tetapi di Instagram dia dengan bangga memberitahu dia sepatutnya seret saya sehingga mati dengan memuat naik gambar anjing yang diseret. Anda nilaikan sendiri.

Memang hangat betul persengketaan antara Maria Farida dan bekas isteri Datuk Rahman.  Ermmh, tidak tahu apa masalah mereka berdua sebenarnya tetapi berkemungkinan besar kerana salah faham dan rasa tidak puas hati yang wujud didalam hati. Kita nantikan sahaja perkembangan kes ini.

Sumber Berita : mStar Online