March 30th, 2020

Sejak minggu lalu, ramai artis yang begitu lantang bersuara meminta pihak kerajaan memberikan mereka bantuan khusus akibat pendapatan terjejas dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, ada juga perbalahan di kalangan selebriti sendiri yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

mamat khalid artis minta bantuan

Apa yang berlaku sedikit sebanyak telah “mencalarkan” imej penggiat seni tanah air. Susulan itu, pengarah Mamat Khalid tampil bersuara mengena isu tersebut.

Mamat menempelak sikap segelintir artis yang selama ini suka berkongsi gaya hidup mewah serta barangan berjenama di media sosial. Sebenarnya tindakan mereka itu memakan diri sendiri dan dikecam teruk ketika krisis COVID-19.

Tayang semua di media sosial, tanggunglah bila dikecam

mamat khalid artis minta bantuan

Teguran dan pendapat daripada seorang yang begitu berpengalaman dalam bidang seni. Tidak dinafikan, selama ini pada pandangan masyarakat artis ini mempunyai kelas tersendiri dan tidak perlu dibantu kerana sering menayang kemewahan di media sosial.

Mungkin selepas ini boleh lebih bersederhana agar tidak mengundang kritikan ramai dan salah faham.

January 28th, 2019

Pengarah terkenal tanah air, Mamat Khalid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal  selepas mengadu sakit dada dan batuk. Sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Jumaat lalu, beliau diletakkan dalam keadaan koma bagi membolehkan organnya berehat.

Menurut doktor, suami diletakkan dalam keadaan itu selama 48 jam bagi memberi rehat kepada jantung dan organ dalaman lain.

Alhamdulillah, suami memberi tindak balas positif dan keadaan kesihatannya sedang dipantau rapi. Hanya itu ikhtiar kami dan saya bersyukur kerana dia diberikan rawatan yang terbaik. Insya-Allah, semangat juang suami saya kuat. Doakan kesejahteraannya dan saya sangat berterima kasih.

Terdahulu, pada April 2017, pengarah yang dikenali menerusi filem Hantu Kak Limah itu pernah dimasukkan ke ICU akibat kepenatan dan sesak nafas. Mamat juga pernah menerima rawatan di hospital kerana masalah jantung tersumbat pada November 2014.

Sumber Berita : BH ONLINE

May 18th, 2017

Kekecohan David Teo yang ditampar oleh Mat Over kerana bersikap kurang ajar dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi pengarah filem terkenal Mamat Khalid.

Mengakui David memang lantang dalam bersuara, Mamat menyifatkan cara David bercakap di hadapan Perdana Menteri itu tidak beradab. Kali ini, pemilik syarikat MIG itu sudah melampaui batas. Pada masa yang sama, Mamat yang mengenali pelawak Mat Over secara peribadi tidak jangka beliau akan bertindak sedemikian terhadap David. Ini kerana beliau bukanlah seorang yang panas baran dan bersopan santun.

Dengan sesiapa pun dalam industri begitulah cara dia cakap, begitu lantang. Jadi apabila berada dalam satu forum bersama dengan perdana menteri, saya rasa kelantangan itu dia tak tahu nak ‘control’. Dia masih ingat dia bercakap dengan budak ‘production’ agaknya.

Bersembang dengan kita pun tak bertentang mata, punya lembut Mat Over ini. Maklumlah bukan selalu ada ‘open talk’ pasal industri dengan pemimpin negara, mungkin dia tak mampu nak kawal lagi kesabaran dia.

Pada pendapat Mamat, insiden memalukan ini tidak akan menjejaskan imej artis mahupun industri hiburan. Ia lebih kepada sesuatu perkara peribadi.

David bukannya mewakili seluruh industri yang membolehkan orang luar menunding jari dan memandang serong pada industri. Pada saya, dia hanyalah satu individu yang memegang tampuk empayar perfileman yang miliknya sendiri dengan caranya sendiri, tiada kena-mengena dengan industri perfileman negara. Dia adalah entitinya sendiri.

Dalam perbincangan secara terbuka ini, pasti akan timbul pelbagai isu yang mungkin ada kalanya mengundang rasa tidak puas hati di dalam hati. Iyalah, semua orang mempunyai pendapat berbeza. Namun, semua pihak haruslah bersikap lebih matang agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Sumber Berita : Astro Awani

February 28th, 2015

Beberapa hari lepas, Mamat Khalid telah meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila dua watak utama dalam filem Usop Wilcha Dalam Warewolf Dari Bangladesh iaitu Emma Maembong dan Zizan Razak tidak dapat memberikan komitment bagi menghadiri malam tayangan perdana filem tersebut.

Susulan hal tersebut, hari ini Emma Maembong telah menjelaskan sebab tertentu mengapa beliau tidak dapat hadir.

 Penggambaran itu berlangsung dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi. Ikutkan saya sudah memaklumkan kepada isteri abang Mamat sendiri mengenai jadual seni saya.

Malah saya siap memberikan nombor telefon pembantu pengarah untuk pihak mereka periksa semula jadual.

Tapi memang tak ada rezeki untuk saya bersama menonton bersama. Tambahan pula ia filem sulung lakonan saya. Takkanlah saya tak mahu menyaksikannya sendiri detik manis itu. Kalaulah pratonton itu dilakukan hari ini memang saya boleh menghadirkan diri.

Emma turut merasa kecewa apabila pihak Mamat Khalid enggan menceritakan perkara sebenar dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas.

Jika jadual sudah ketat, macam mana lagi nak hadir acara tersebut. Tidak dapat dinafikan mungkin pengarah filem akan kecewa bila pelakon utama tidak dapat hadir, tetapi kedua-dua pihak harus saling memahami. Industri hiburan di Malaysia ini kecil. Tiada guna kita bermasam muka.

Sumber Berita&Foto: BH ONLINE