October 14th, 2013

Di kala ini, kesemua jemaah haji sedang berada di Arafah untuk menunaikan salah satu rukun haji. Mizz Nina dan Noh Salleh adalah antara mereka yang bertuah mendapat jemputan Allah untuk menunaikan haji tahun ini. Pemergian mereka tidak digembar-gemburkan dan hanya diketahui menerusi suratkhabar Ahad lalu.

mizz nina noh hujan tunai haji

Selain daripada Mizz Nina dan Noh Hujan, antara personaliti lain yang turut mengerjakan haji tahun ini ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haron Din dan Malek Noor. Sama-samalah kita doakan agar segala urusan mereka di sana dipermudahkan dan mendapat haji mabrur.

March 15th, 2012

Mungkin masih ada yang belum melihat gambar-gambar dari majlis resepi Datuk Malek Noor dan isteri, Datin Dr. Wan Azma, jadi kami paparkan di sini. Majlis berlangsung pada malam 12 Mac lepas di Hotel Rennaissance.

Photobucket
Antara yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar pada HuruHara Community.

PhotobucketPhotobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 

March 31st, 2011

malek noor sakit jantung

Rasanya semua orang dah tahu kot yang Malek Noor kini berada di ICU akibat serangan sakit jantung ketika bermain bola sepak. Kini Malek Noor berada di Hospital Pantai dengan keadaan yang dilaporkan stabil. Marilah kita sama-sama doakan semoga Malek Noor cepat sembuh.

P.S: Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Tak gitu?

July 9th, 2009

malek noor

Dulu kami ada kongsikan bersama kisah keinsafan Malek Noor. Memang kalau baca dan hayati betul-betul cerita Malek Noor masa zaman dia jahil, boleh menitik jugaklah air mata. Kisah yang dikeluarkan kat Utusan mendapat sambutan hangat daripada banyak pihak. Salah seorangnya ialah pelajar berusia 14 tahun bernama Fathini.

Apa keistimewaan Fathini sehingga Malek Noor nak berjumpa dengan dia in person? Rupa-rupanya Fathini nie menghidap penyakit crohn disease @ radang usus. Kesan penyakit nie sampai mampu buat berat Fathini hanya tinggal 14 kg jer. 14 kilogram untuk budak 14 tahun. Takut kami mendengarnya.

Terharu sangat kami bila baca yang Malek Noor terus pergi jumpa ngan Fathihni untuk bagi kata-kata semangat. Lagi terharu bila Malek Noor cakap macam nie kat Fathini:-

[note]”Uncle harap Fathini tabah menghadapi ujian daripada Allah. Soal mati dan hidup Allah yang tentukan. Uncle harap Fathini akan sentiasa berdoa kepada Allah supaya disembuhkan daripada penyakit ini. Fathini mesti ingat bukan doktor yang tentukan hidup mati kita. Jika sudah sampai masanya Tuhan mengambil kita, kita harus senyum dan uncle juga harap emak dan ayah Fathini kena tabah dan reda dengan dugaan Allah.[/note]

Bagi kami, Malek Noor dan kita semua masih belum terlambat untuk membuat kebaikan. Semoga lebih ramai artis-artis dan selebriti-selebriti yang akan meniru jejak langkah Malek Noor selepas ini.

Berita penuh bole baca di Utusan Malaysia.

P.S: Kadang-kadang hairan ke mana menghilang mereka-mereka yang sepatutnya tampil dan menolong orang-orang macam Fathini nie. Kesian sungguh.