January 23rd, 2014

Seperti biasa, setiap tahun Abang Nara akan menurun di celah-celah Gunung Daik bercabang tiga untuk mendapatkan ilham mengenai keputusan Anugerah Juara Lagu 28. nKali ini banyak dugaan yang terpaksa Abang Nara tempuhi sepanjang penurunan. Namun kekuatan mental tahap Ultraman Taro yang dimiliki oleh diri ini memastikan dugaan tersebut berjaya ditempuhi.

ajl28

Kini ramalan keputusan AJL28 yang akan berlangsung Ahad, 26 Januari sudah berada di tangan Abang Nara. Apa-apa pun, mari kita saksikan senarai 12 lagu yang akan bertanding pada malam tersebut.

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimet feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah
keputusan ajl28Dan ini pula ialah ramalan Abang Nara:-

1. Juara: Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
2. Naib Juara: Kau Yang Terindah (Alyah)
3. Tempat Ketiga: Aku Pelat (Salam Musik)
4. Vokal Terbaik:  Takkan Terpisah (Black)
5. Persembahan Terbaik: Kalau Aku Kaya (Altimet feat Awi Rafael)

Amcam ramalan Abang Nara? Ada harapan mengena tak? Abang Nara pasti anda juga ada ramalan tersendiri. Kongsikan di ruangan komen untuk tatapan para pembaca lain. Kita tengok siapa yang kena nanti. Hehehe.

 

 

December 17th, 2013

Hati manusia mana yang tidak sedih dan kecewa apabila dipersalahkan di dalam sesuatu perkara. Terbaru, Yuna melahirkan kekecewaannya apabila dianggap punca kegagalan lagu “Dwihati”, nyanyiannya bersama Aizat ke AJL28. Artikel tersebut telah diterbitkan di dalam salah satu suratkhabar tempatan pada hujung minggu yang lalu. Di dalam artikel tersebut, Yuna didakwa menyanyi lagu Dwihati dengan nada yang salah sekaligus membuatkan persembahan nampak kucar-kacir.

yuna

Selaku salah seorang penyanyi lagu Dwihati, Aizat tampil untuk menjelaskan apa yang telah terjadi ketika persembahan separuh akhir AJL28 baru-baru ini. Kata Aizat:-

Dalam hal ini saya tidak menyalahkan Yuna kerana dia menyampaikan lagu itu dengan baik sekali. Lagi pun, dia banyak berkorban waktu dan tenaga untuk balik ke Malaysia semata-mata kerana mahu menyanyikan lagu berkenaan.

Apa yang boleh saya katakan, berlaku masalah teknikal membabitkan band saya malam itu sehingga kedengaran kami seperti menyanyi bukan dengan nada sebenar.

Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Kami sudah memberikan yang terbaik dan mungkin bukan rezeki kamai pada malam itu.

aizat

Yuna juga menerusi akaun Twitternya telah memberikan penjelasan yang serupa mengenai apa yang telah berlaku malam itu.

yuna

Setahu Abang Nara, markah untuk AJL28 diberikan berdasarkan kekuatan melodi dan lirik sesebuah lagu itu. Kalau tak silap, markah persembahan lebih kurang 20% sahaja. Agak pelik kerana hanya persembahan yang kucar-kacir lagu tersebut tidak berjaya ke peringkat akhir. Sepatutnya penekanan harus diberikan kepada kualiti lagu, bukannya kualiti persembahan. Apa pula pendapat anda?

P.S: Harga tol naik 50 sen sehingga RM2 bermula 1 Januari 2014