February 15th, 2018

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai doktor perubatan tampil di media sosial menegur selebriti yang menjual atau menjadi duta kepada produk suplemen melibatkan kanak-kanak. terbaru, Netizen di Forum Cari mempersoalkan Hanis Zalikha, kerana memberi anaknya makan suplemen kolagen yang dijualnya.

Dalam beberapa siri video, Yusuf Iskandar dilihat makan sesuatu dari paket, dipercayai produk suplemen kolagen yang dijual sendiri oleh Hanis.

Netizen menyuarakan kebimbangan kerana usia Yusuf masih terlalu muda untuk makan suplemen tersebut, teutamanya kesan jangka panjang yang tidak diketahui.


Sebelum ini, Dr Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang melalui Twitter telah menegur artis agar lebih bertanggungjawab dan tidak melibatkan kanak-kanak dalam penjualan suplemen.

Sebelum ini juga beberapa orang pengamal perubatan telah menegur Neelofa dan pelakon baru Intan Najuwa kerana mempromosikan suplemen untuk kanak-kanak. – beautifulnara.com

Sumber: Forum Cari

June 29th, 2015

Gara-gara dimaki hamun oleh Azwan Ali di Twitter, seorang wanita dan ahli keluarganya dapat makan percuma di restoran stik terkenal. Pelik tetapi benar, namun ia satu kisah yang trending di laman sosial hujung minggu yang berlalu. Semuanya bermula apabila Azwan Ali yang terkenal dengan panggilan Diva AA di kalangan peminatnya bertanyakan tempat yang bagus untuk menikmati stik.

Seorang wanita telah mencadangkan bagi Azwan untuk makan di Me’nate, sebuah restoran yang dikenali dengan hidangan stik yang harganya boleh mencecah RM 1,000 – RM 2,000 sepinggan kerana menggunakan daging lembu Wagyu dari Jepun.

Namun begitu, Azwan menyangka wanita itu yang menggunakan tweethandle @NurAziraWA memanggilnya ‘binatang’ dalam loghat Kelantan. Akibatnya wanita itu terus dimaki hamun oleh selebriti tersebut di bulan Ramadan yang mulia.

Nur Azira bagaimanapun memberi reaksi yang tenang terhadap maki hamun tersebut dan menerangkan yang dia mencadangkan restoran Me’nate untuk menikmati stik daging.

Khabarnya, disebabkan salah faham ini Azwan telah menukar status akaun Twitter dan Instagram miliknya kepada ‘private’.

Tetapi, apa yang lebih menarik, Nur Azira telah diberi peluang oleh Restoran Me’nate untuk makan stik di restoran itu bersama ahli keluarganya secara percuma. Khabarnya nilai stik yang dihidangkan kepada Nur Azira oleh Me’nate ialah RM 4,678.90.

Begitulah secebis kisah di bulan puasa. Gara-gara bertenang apabila dimaki hamun, seorang wanita mendapat sesuatu hadiah yang tidak diduga. Mungkin inilah hikmah dan kebesaran Ramadan Al-Mubarak. Allahuakbar.

Begitu sporting ‘flashmob’ Silat oleh Ahli2 Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi yg juga merupakan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 28 June 2015