Written by AbangNara | July 1st, 2017

Netizen yang menonton program “Raya Sakan Mak Cun” pada 24 Jun lalu rata-rata telah melahirkan rasa kurang puas hati, mengkritik dan mempersoalkan penggunaan loghat utara oleh mereka yang terlibat di dalam rancangan tersebut. Para netizen kecewa apabila loghat utara yang digunakan adalah “over” dan menuduh ia dilakukan dengan sengaja semata-mata untuk mempermainkan loghat tersebut.

raya mak cun

Ini antara beberapa lagi kritikan-kritikan yang diterima ketika program “Raya Sakan Mak Cun” di ke udara:-
raya mak cun
raya mak cun
raya mak cun
raya mak cun

Susulan kontroversi dan kritikan ini, Erma Fatima telah tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati. Menurut Erma, semua pelakon yang terbabit bukanlah berasal dari utara tanah air. Kata Erma Fatima:-

Saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak senang dengan loghat utara yang kami gunakan sepanjang program itu. Kami bukan berasal dari Kedah, Pulau Pinang atau Perlis. Kalau nak dalami sesuatu dialek negeri yang bukan tempat kelahiran kita, prosesnya memakan masa yang sangat lama. Janganlah dibandingkan saya dengan Farid kerana dia memang berasal dari Kedah

Namun begitu, Erma Fatima melahirkan rasa kecewanya dengan penggunaan kata kasar “menampar” yang digunakan oleh seorang pengkritik. Kata Erma:-

Orang Melayu ada budi bahasanya. Kalau ada yang salah, kita boleh tegur dan ajar tetapi bukanlah dengan kata-kata kesat dan gaya seperti gangster. Apabila salah sikit saja, hendak ditampar dan dipukul. Inilah yang membuatkan ramai generasi baru kita membesar menjadi pembuli.

Walaupun mengecam program itu, tetapi mereka tetap menontonnya dan itu lebih penting. Bukan senang nak buat orang menonton sesuatu program dari awal hingga akhir, tidak kiralah dalam keadaan benci atau suka

mak cun

Biasalah bila buat program berdasarkan negeri ini, memang akan ada banyak kritikan dan cabaran. Ambil semua ini sebagai pengajaran. Boleh diperbaiki lagi untuk program tahun-tahun akan datang. Sumber Harian Metro dan Mstar.

Written by Bella | June 16th, 2016

Pelakon drama bersiri Mak Cun, Azwan Kombos dan kekasihnya Ezzaty Abdullah bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Julai depan.

Menurut Ezzaty, persiapan perkahwinan beliau sudah siap hampir 100 peratus. Beberapa pihak juga tampil untuk menjadi penaja buat majlis raja sehari mereka tetapi mereka tidak mahu menerima terlalu banyak tajaan.

Mereka akan bernikah pada sebelah pagi dan diikuti dengan majlis persandingan selepas itu di kediaman pihak perempuan di Bentong, Pahang.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokkan harinya di Kuala Lumpur. Buat masa ini mereka masih berbincang mengenai majlis di pihak Azwan pula di Sabah.

Baru-baru ini pasangan ini juga telah berkesempatan untuk menjalani sesi fotografi pra perkahwinan mereka di Klebang, Melaka.

Jom kita layan beberapa foto pra perkahwinan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Sumber Foto : Instagram kaki5photo

 
Written by Bella | May 23rd, 2016

Mencintai antara satu sama lain dan cukup serius dalam perhubungan yang terjalin, pelakon drama Mak Cun 2,Azwan Kombos dan kekasihnya Ezzaty Abdullah kini sedang rancak membuat persiapan perkahwinan.

Pasangan ini khabarnya tidak mahu mengikat tali pertunangan dan terus nikah selepas Aidilfitri.

Buat Azwan, beliau yang telah mengadakan majlis merisik pada bulan Mac lepas di kampung halaman Ezzaty yang terletak di Bentong, sudah dianggap sebagai tanda mereka bertunang.

Apabila menyerahkan cincin, rasanya orang sudah faham yang kami mempunyai perancangan untuk bernikah. Jadi bertunang itu bukanlah satu kemestian, lagi pun hanya mengikut adat.

Begitupun, kalau hendak dinilai kembali, zaman sekarang kalau kita menyerahkan cincin kepada kekasih hati, ia bermakna pasangan itu sudah bertunang.

Tambah pula kalau hendak diikutkan, kalau kami bertunang sekali pun ia tidak manis kalau diheboh-hebohkan. Jadi pada saya dan Ezzaty, ada baiknya kami terus saja dengan majlis pernikahan.

Majlis pernikahan dan resepsi  akan diadakan di Bentong atas permintaan bapa Ezzaty sendiri yang mahu ia diadakan di kediaman mereka.

Mengakui mungkin akan berbelanja lebih sedikit bagi pakaian pengantin dan pelamin, Azwan dan Ezzaty bagaimanapun tidak mahu mengadakan majlis yang besar-besaran serta mendahulukan perkara yang wajib.

Sumber Berita : Harian Metro