Written by serenity | March 31st, 2014

Satu majlis resepsi perkahwinan secara tertutup telah dibuat secara-kecil-kecilan oleh pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di  N’dah Catering, Shah Alam. pada malam 29 Mac lepas.


 photo 883301_664110990309899_541943458_o.jpg
Majlis ringkas ini telah dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat. Syamsul juga berada dalam keadaan sihat dan telah sembuh dari demam denggi yang dihidapi sebelum ini.

Khabarnya, satu lagi majlis resepsi terbuka perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah akan diadakan di Dewan Perdana Felda, 18 April ini. Bersama kita doakan majlis mereka berjalan lancar dan dipermudahkan.

Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan jurugambar rasmi, Love Undefined Photography.

Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

 

 
Written by serenity | June 3rd, 2013

Sut dan gaun serba hitam rekaan Hatta Dolmat dan putih dari Classic Bridal menjadi pilihan Izzue dan isterinya Awin untuk majlis memotong kek dan majlis persandingan perkahwinan mereka di Dewan N’Dah, Shah Alam, petang semalam.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran saudara mara kedua-dua belah keluarga, rakan-rakan, para wakil media serta rakan artis. Antara selebriti yang hadir ialah Yusry dan Lisa Surihani, Norman KRU, anggota kumpulan Forteen iaitu One, Ariz dan Amir, pasangan teman Afiq Muiz dan Eina Azman, Fazlina Ahmad Daud juga Ady Putra dan isterinya.


Perkenalan pasangan ini bermula enam tahun lepas sewaktu Awin yang juga mempunyai sebuah agensi pencari bakat menawarkan Izzue sebagai pelakon tambahan dalam drama Kampung Jagung. Pada masa itu, Izzue bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai makan bersebelahan dengan salon kepunyaan Awin yang terletak di Petaling Jaya.

Mereka mula rapat dan kemudiannya jatuh cinta. Macam kisah drama juga bukan? Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Faisol Mustafa via MalaysianDigest.