Written by Bella | January 13th, 2017

Pagi tadi, pelakon Mia Ahmad telah selamat diijabkabulkan dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan di Villa Sentosa, Taiping. Majlis tersebut berlangsung agak meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan.

Mia dan Izham tampak sepadan dan cukup bahagia bersama. Mia menerima mas kahwin RM2,000 tetapi merahsiakan jumlah wang hantarannya.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Taiping Golf & Country Club Perak esok. Kami mendoakan agar rumah tangga yang dibina akan kekal sehingga anak cucu.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Mia Ahmad Dan Mohd Izham Tarmizi Roslan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : project2pi

 
Written by Bella | January 13th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan yang sudah sah bergelar suami dan isteri kira-kira jam 10.18 pagi tadi hanya dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah Mia dan Izham berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak dan dihadiri 200 orang tetamu teridiri daripada keluarga serta rakan-rakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan Ahmad Baderi.

Mia menerima mas kahwin sebanyak RM 2,000 dan tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang.

Walaubagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan.  Pelakon wanita itu kelihatan cukup anggun mengenakan busana yang direka khas oleh Lynda Rahim.

Difahamkan majlis resepsi  di pihak perempuan akan di Taiping Golf & Country Club Perak pada hari Sabtu (esok).

Majlis menyambut menantu pula akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017, manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur pada penghujung Januari ini.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Twitter tontonMY