Written by Irsa | November 19th, 2019

Semua mengetahui bahawa rumah tangga Lufya Omar dan Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum sedang bergolak kencang. Kebanyakan netizen nampaknya lebih berpihak kepada selebriti wanita itu selepas mendapat tahu bahawa lelaki itu sering bertindak kasar terhadapnya sepanjang perkahwinan mereka.

Selepas pendedahan itu, Lufya turut menyampaikan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang doktor itu telah melafazkan cerai menerusi aplikasi Whatsapp. Namun, lain pula jadinya apabila Che Muhammad Hafiz tidak mahu meneruskan dengan penceraian tersebut semasa prosiding kes di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari kelmarin.

suami lufya dikecam tidak endah teriakan anaknya

Pun begitu, netizen mula mempersoalkan kredibiliti lelaki itu sebagai seorang ayah selepas menonton sedutan video yang dimuat naik oleh portal mStar selepas prosiding di mahkamah tamat.

Anak itu dilihat terpaksa ditarik oleh Lufya daripada terus mengejar ayahnya yang dengan pantas menuju ke keretanya sambil ditemani oleh beberapa orang bodyguard.

Lelaki itu tidak menghiraukan langsung teriakan anak perempuannya, Laana Haura yang berulang-ulang kali memanggil, “Daddy! Daddy!”.

Kebanyakan netizen yang melihat sedutan video itu terus mencerca dan mengkritik Che Muhammad Hafiz kerana tidak pandang langsung ke arah anaknya itu. Bahkan dia lebih sibuk mencari kenderaannya dan cuba mengelak daripada berinteraksi dengan pihak media.

suami lufya dikecam tidak endah teriakan anaknya

Sampai hati, suami Lufya sanggup tak endahkan langsung seperti itu. Bayangkan betapa sedihnya Laana Haura apabila melihatkan ayah kandungnya sendiri walhal dia tidak mengerti dengan situasi yang sedang berlaku.

Sumber: mStar Online

Written by Irsa | November 19th, 2019

Nampaknya kemelut rumah tangga selebriti Lufya Umar dan pasangannya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kian meruncing. Pergolakan perkahwinan mereka mula dihidu pihak media apabila wanita itu mendedahkan bahawa dia sering didera oleh suaminya sehingga meninggalkan kesan parut.

Setelah dihencap netizen, Lufya mendedahkan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang doktor itu telah melafazkan cerai terhadapnya menerusi aplikasi Whatsapp.

lufya bingung suami tidak jadi bercerai

Pun begitu, timbul rasa hairan apabila Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, kelmarin. Bahkan Lufya juga meluahkan rasa kelirunya mengenai keputusan suaminya itu.

Saya tidak boleh komen banyak kerana masih dalam prosiding mahkamah. Tapi apa yang peliknya, sebelum ini suami saya sudah melafazkan cerai menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan di beberapa portal media.

Namun, hari ini lain pula yang jadi apabila dia bertindak menarik balik lafaz tersebut dan enggan menceraikan saya. Saya pelik.

Apabila ditanya kepada Hafiz, dia lebih senang mengunci mulut dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai keputusannya itu.

lufya bingung suami tidak jadi bercerai

Tambahnya lagi, dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada Laana Haura.

Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan mengabaikannya. Pada masa yang sama, saya takkan pisahkan anak dengan Lufya,” katanya.

Selepas keputusan itu, Hakim Syarie telah menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes selain melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Sumber: Gempak

Kredit foto: mStar Online

Written by Bella | October 21st, 2019

Kemelut rumah tangga Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz seakan tiada jalan penyelesaian. Kedua-duanya tidak henti berbalas kenyataan di media sosial demi mempertahankan diri masing-masing.

dr che hafiz sindir lufya

Terbaru, Lufya ketika membalas komen netizen menafikan dia menggunakan media sosial untuk membuka aib suami dan sengaja ingin menagih simpati. Jelas Lufya, kenyataannya sebelum ini hanya sekadar luahan perasaan, merasa kesal mengapa suaminya tidak hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes cerai mereka.

Dalam pada itu, Lufya berkata dia sudah penat melayan segala ‘drama’ suaminya itu dan meminta Dr Che Hafiz untuk tidak terus cuba meraih publisiti dan melengahkan lagi kemelut rumah tangga mereka.

lufya omar buka aib suami

Tutup la aib sendiri. Cepat selesaikan masalah bukan lari! Siapa yang drama? Saya dah penat la layan drama. Siapa yang nak perhatian ini sebenarnya? Nak terkenal semata-mata ke?

Berhenti jadi budak-budak jadi la lelaki. Saya penat, saya ada anak yang memerlukan saya lebih daripada nak layan drama dia.

lufya cerai

Terdahulu, Lufya berkata dia sudah lama memendam perasaan serta bersabar dan enggan lagi meneruskan perkahwinan yang disifatkan penuh negatif dan toksik. Jiwanya didera apabila berlakunya penganiayaan, selain mendakwa sudah empat bulan digantung tidak bertali.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | October 21st, 2019

Kemelut rumah tangga Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz terus hangat diperkatakan apabila pelakon itu berkata dia tidak mahu meneruskan perkahwinan yang disifatkan penuh toksik, pelbagai penganiayaan berlaku sehingga jiwanya didera selain mendakwa sudah empat bulan digantung tidak bertali.

lufya omar cerai

Memberikan respon terhadap pendedahan itu, Dr Che Hafiz menganggap tindakan Lufya yang secara berterusan memberi kenyataan hanya membuka pekung di dada dan mengaibkan diri sendiri. Sengaja membuka aib rumah tangga demi meraih simpati masyarakat.

Sudah-sudahlah berdrama. Lambat atau cepat orang akan tahu juga kebenarannya. Saya masih ada tahap kesabaran dan boleh berfikir secara waras. Saya fikirkan dia ibu kepada anak saya jadi tidak patut untuk saya bertindak seperti mana yang dilakukannya sekarang. Kalau dengan cara itu dia berasa puas dan dapat malukan saya, terpulanglah.

dr che muhammad hafiz

Dia aibkan saya, saya diam. Dia buat dakwaan bukan-bukan, saya masih diam. Malah, dia lebih banak buka aib rumah tangga.

Dr Che Hafiz berpendapat, isu membabitkan hubungan suami dan isteri haruslah diselesaikan secara berhemah tanpa melibatkan mana-mana pihak.

suami lufya omar gayTerdahulu, Dr Che Hafiz mengatakan dia tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka iaitu Laana Haura. Malah, dia juga tidak pernah menganiaya Lufya seperti yang didakwa.

Sumber Berita : mStar Online