February 27th, 2020

Mengambil keputusan untuk berhijrah dan tampil memakai hijab pada tahun 2017, sudah beberapa kali gaya pemakaian tudung Liyana Jasmay dikritik sehingga ada yang mengatakannya seakan mempermainkan agama. Hanya mengenakan snowcap sahaja tanpa hijab, ramai boleh menjangkakan pelakon itu akan membuka tudung.

liyana jasmay buka tudung

Baru-baru ini, Liyana menerusi akaun Instagramnya semakin berani berkongsi foto dirinya tidak bertudung ketika sedang bercuti di Gold Coast, Australia.

Advertisement

Disindir netizen

liyana jasmay buka tudung liyana jasmay buka tudung

Foto itu mendapat kecaman teruk dari netizen yang menganggap Liyana tidak menghormati agama Islam. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin aktres itu terdesak untuk mencari publisiti kerana tiada ‘job’.

Liyana enggan komen isu buka tudung

liyana jasmay buka tudung

Advertisement

Meskipun dirinya teruk dikecam, Liyana bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai isu dia membuka tudung. Jelas akstres itu, dia hanya akan memberikan komen berkaitan dengan kerjayanya sahaja.

Kalau bukan mengenai kerja atau kerjaya saya, saya tak mahu komen . Saya hanya akan memberikan kenyataan jika berkaitan kerja saja.

Pada pendapat kami, jika benar Liyana sudah tidak berhijab lagi lebih baik untuk dia berterus-terang dan berlaku jujur. Sekurang-kurangnya tidak lagi mengundang fitnah.

Sumber Berita : Astro Gempak & Harian Metro

Advertisement