January 17th, 2017

Pelakon Hollywood yang terkenal menerusi filem The Parent Trap dan Mean Girls, Lindsay Lohan khabarnya sudah memeluk Islam apabila bertindak untuk memadam semua foto beliau di Instagram dan menulis ayat Alaikum salam di ruangan bio di laman sosial berkenaan.

Malah, Lindsay juga sebelum ini pernah dilihat berjalan di Brooklyn, New York sambil memeluk Al-Quran sekitar tahun 2015. Dalam satu kenyataan Lindsay memberitahu beliau mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Pada 18 Oktober 2016, Lindsay juga aktif melakukan kegiatan amal di kompleks Suriah di Turki lengkap berpakaian seperti seorang muslimah dengan mengenakan jubah dan hijab.

Sebelum ini Lindsay pernah keluar serta masuk ke pusat pemulihan kerana masalah dadah dan ketagihan arak.

Meskipun pelbagai spekulasi hangat telah diperkatakan mengenai isu ini, pihak Lindsay masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi beliau sudah memeluk Islam.

Sumber Berita : Sky News

May 14th, 2015

Selama ini Lindsay Lohan dikenali sebagai pelakon bermasalah. Dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, kerjayanya bermula sebagai seorang pelakon kanak-kanak yang terkenal sebelum masalah keluarga menyebabkan Lindsay berubah menjadi gadis liar.

Gemar berparti dan terbabit penyalahgunaan dadah, populariti pelakon ini mula merudum dan dia kini jarang tampil dengan produk baru. Ini agak menyedihkan buat seorang pelakon berbakat yang dilihat sangat berpotensi di awal kariernya.
 photo 28A3F7D200000578-3080683-Religious_text_Lindsay_Lohan_was_spotted_carrying_a_copy_of_the_-m-1_1431563528968.jpg
Bagaimanapun, kecoh seketika apabila Lindsay difotokan membawa satu buku terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris ketika keluar di Brooklyn, New York semalam.
 photo 28A3F7D200000578-0-image-m-4_1431554109503.jpg
Pelakon itu juga awal tahun ini telah memuat naik satu doa di Instagram meminta agar Allah meningkatkan pengetahuannya dan memberinya pengetahuan yang berfaedah. Dia bagaimanapun memadam gambar itu dari akaun Instagramnya selepas itu.
 photo 28A4B3C500000578-3080683-image-a-11_1431560833721.jpg
Jika benar Lindsay sedang mendalami Islam, kita berharap agar dia menemui apa yang dicarinya. Semoga beliau terus istiqamah mempelajari Islam melalui Al-Quran, harapnya dengan seorang guru.

Doakan yang terbaik buat Lindsay Lohan.

PST2015 kembaLi menemui ANDA pada 29 & 30 Mei ini…membawakan Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) dengan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 7 May 2015

October 25th, 2011

Berita terbaru tentang Lindsay Lohan ialah dia akan bergambar untuk majalah Playboy. Khabarnya dia akan dibayar hampir USD 1 juta untuk sesi foto tersebut oleh Hugh Hefner. Tapi fokus kami lebih kepada perubahan wajah Lindsay yang baru berusia 25 tahun. Dia yang dulunya bintang kanak-kanak kelihatan semakin tragik saban hari kerana ketagihannya pada ‘methamphetamine’ atau ‘meth’. Meth ialah sejenis dadah yang diketahui merupakan yang paling power dalam merangsang pengeluaran dopamine, mengecutkan pembuluh darah dan merencatkan sistem baikpulih sel. Dalam satu jangka masa boleh mengurangkan ketegangan kulit, mereputkan gigi dan membuatkan penagih kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenar. Melihat gambar-gambar Lindsay tahun demi tahun adalah seperti melihat dua buah keretapi yang akan bertembung. Kamu tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku, tetapi kamu tak dapat alihkan pandangan kamu. Sumber asal Mamapop.

1998

Ini ialah koleksi gambar-gambar Lindsay Lohan dari tahun 1998 sehingga 2011. Ianya menunjukkan perubahan pada wajah Lindsay dari kecil sehinggalah dewasa ini. Sekali lagi diingatkan pada sesiapa saja yang membaca, jauhi dadah! Lagi 13 gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

***

Malam Gala Inspitari 2011 akan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 29 Oktober (Sabtu) di MaTiC, Kuala Lumpur. Ia merupakan satu garapan daya cipta dan kreativiti  ditampilkan dalam simbolik persembahan tarian ciptaan baru berasaskan imej dan identiti negeri serta masyarakat Malaysia yang diperagakan oleh Kumpulan Kesenian JKKN. Datang beramai-ramai!

Dengarkan pesanan Encik Rosnan Rahman tentang Malam Gala Inspitari 2011.

2001
2002
2003
2004
2005 (sewaktu rapat dengan Paris Hilton dan Nicole Ritchie)
2006

2007 2008

Awal 2009
Pertengahan 2009
Akhir 2009
September 2010
2011

October 25th, 2011

Kebanyakan orang mengenali Lindsay Lohan sebagai pelakon kanak-kanak satu ketika dulu. Kami mula mengenali Lindsay melalui filem Parent Trap (1996). Sekitar awal 2000’an, nama Lindsay melonjak naik kerana lakonannya dalam beberapa filem sebagai gadis remaja, terutamanya  filem Mean Girls (2004).

Tapi nampaknya zaman itu sudah berlalu. Kalau dulu Lindsay difoto oleh paparazzi kerana kecantikannya, kini dia difotokan kerana perubahan pada fizikalnya serta kontroversi demi kontroversi yang ditimbulkannya. Bapa Lindsay sendiri mendakwa Lindsay ialah seorang penagih ganja dan ‘meth’. Natijah penagihan ini boleh dilihat pada wajah Lindsay yang nampak tua sebelum waktu dan ada masanya tampak  aneh.

Jadi pada anda di luar sana, don’t do drugs.