August 10th, 2020

Penyampai radio Kool FM, Linda Onn baru-baru ini telah mengumumkan akan meninggalkan stesen radio tersebut pada 12 Ogos ini.

Linda memberitahu keputusan tersebut menerusi laman instagramnnya kelmarin. Dia juga turut memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan sebuah majlis dipercayai disambut khas untuk sempena keputusannya meninggalkan Kool FM.

Di ruangan kapsyen, Linda mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada stesen Radio tersebut kerana sudi menerima kehadirannya sejak dua tahun yang lalu.

“Makan malam perpisahan bersama mereka, akan merindui mereka semua. Terima kasih kepada Kool FM kerana sudi menerima kehadiran Linda walaupun hanya dua tahu. Maafkan salah silap. Semoga ada rezeki untuk kita bekerjasama lagi. Selamat maju jaya Kool. Terima kasih kepada semua pendengar Kool FM yang selalu telefon, respon pada topik yang dibincangkan. Maafkan kalau ada salah bicara ya,”

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus menelefon dan memberi respon kepada topik yang dibincangkan ketika segmen beliau.

View this post on Instagram

Ada ni…tengah fikir…bisnes apa nak buat 2020 ni? Any idea?

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on

 Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut serta peminat yang bersedih dengan pengunduran Linda daripada stesen radio tersebut.

Terdahulu, Linda Onn pernah menjadi penyampai di stesen radio yang lain seperti Era FM, Sinar FM dan Suria FM sebelum berpindah ke Kool FM. Dia turut memaklumkan bahawa hari terakhir dirinya bersiaran di corong radio adalah pada 12 Ogos 2020 ini.

August 14th, 2018

Baru-baru ini, selebriti Linda Onn menerusi akaun Twitternya ada mengeluh dan mempersoalkan mengapa pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tidak mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga gerai tepi jalan yang berniaga tanpa lesen dan tidak perlu bersusah payah mengikut undang-undang seperti seorang pemilik restoran.

Status Linda itu mendapat perhatian ramai dan akhirnya pihak MPAJ telah menyerbu gerai tersebut. Pemiliknya yang bernama Amirul dalam nada sinis hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada Linda yang dianggap sudah menjejaskan punca rezekinya itu. Amirul berputih mata saat melihat pihak berkuasa mengangkut semua barangannya.

Walaubagaimanapun, Linda tampil menafikan beliau dengki dan sengaja ingin warung tepi jalan itu bungkus.

Meskipun sudah membuat penjelasan, masih ada sesetengah netizen yang mengecam Linda kerana perbuatannya itu.

Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi kes ini mungkin boleh menjadi pengajaran untuk orang lain juga. Pastikan anda melalui saluran yang betul dan mengikuti undang-undang yang sudah ditetapkan untuk berniaga.

August 13th, 2018

Linda Onn ialah antara selebriti tempatan yang diketahui membabitkan diri dalam perniagaan restoran. Rangkaian restoran My Mom’s Chicken Rice Shop milik Linda mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Kelang. Sudah bertahun lamanya rangkaian restorannya dibuka dan beroperasi, jadi Linda sememangnya arif mengenai prosedur untuk operasi sebuah restoran.
Terbaru, Linda telah menulis di Twitter mengkritik Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang peniaga gerai tepi jalan yang sewenangnya beroperasi tanpa mengikut lunas yang sepatutnya seperti seorang pemilik restoran. Linda menulis:


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Tweet Linda telah menjadi viral dan mendapat banyak reaksi dari pengguna Twitter yang mendakwa bukan semua peniaga mampu menyewa dan membeli premis untuk berniaga sepertinya kerana pelbagai kekangan terutamanya bajet.


Ada juga yang mengambil kesempatan mengkritik mutu makanan dan perkhidmatan di restoran Linda.


Namun begitu, ada yang beranggapan peraturan tetap peraturan dan peniaga makanan, tak kira di mana sekalipun perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Apa pula pendapat anda? – beautifulnara.com

February 26th, 2018

Masih belum terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn yang sudah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

Berita gembira itu diumumkan oleh Linda sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto anaknya yang sangat comel sedang tidur lena.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Linda dan pada masa yang sama tertanya jantina anaknya itu.

Memang comel anak Linda, harapnya beliau sudi berkongsi jantina dan nama anaknya tidak lama lagi. Semoga Linda dan suaminya dilimpahi kebahagiaan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.