Written by Bella | February 6th, 2017

Agak lama juga kita tidak lihat Que Haidar berlakon, tetapi beliau sering berkongsi aktiviti sehariannya dengan peminat menerusi akaun Instagram.

Terbaru, Que dikecam netizen gara-gara memuat naik foto beliau dengan warna rambut baharu. Sebenarya,  Que melalui kapsyen di Instagram memberitahu bahawa anak-anak perempuan beliau yang menyuruhnya menukar imej.

Foto berkenaan mendapat pelbagai respon daripada netizen dan majoritinya bertanya adakah solat Que sah.

Berikut antara komen netizen dan respon Que sendiri mengenai isu tersebut :-

Ermm, susah hendak komen mengenai isu begini kerana setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza.  Walaubagaimanapun, mungkin netizen boleh tegur dengan cara yang lebih baik dan ilmu agama kita bukanlah tinggi mana untuk mempersoalkan adakah solat seseorang itu sah ataupun tidak.

Written by Bella | November 2nd, 2015

Baru-baru ini, masyarakat di Barat telah menyambut perayaan Halloween. Waktu ini lah kita dapat lihat pelbagai kostum seram dan menarik yang digayakan oleh mereka.

Ada beberapa selebriti di Malaysia juga turut merayakan Halloween, antaranya keluarga Que Haidar, Fara Mendoza serta Juliana Evans.

Antara yang menarik perhatian ramai adalah penampilan seram Fara Mendoza serta kostum ala Jepun oleh Juliana Evans.

Berikut beberapa lagi foto selebriti Malaysia dengan kostum Halloween mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 30th, 2012

Ahad lalu telah pun berlangsung majlis cukur jambul untuk Tengku Cleopatra Haidar, anak kedua kepada pasangan suami isteri, Que Haidar dan Linda Jasmine. Majlis telah berlangsung dengan begitu meriah sekali di Restoran Songket, Kuala Lumpur.

gambar cukur jambul anak linda jasmine

Turut diadakan serentak ialah sambutan hari jadi yang ketiga untuk anak sulung mereka, Tengku Ratu Haidar. Sama-samalah kita doakan agar keluarga ini akan sentiasa bahagia, murah rezeki dan dipanjangkan umur. 17 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Songket Salikin Sidek.

 
Written by AbangNara | April 27th, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Que Haidar dan Linda Jasmine yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan semalam. Bayi perempuan yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu telah selamat dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.8kg pada hari Khamis jam 1.28 petang di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

anak perempuan linda jasmine

Linda Jasmine sengaja memilih tarikh 26 haribulan kerana anaknya yang sebelum ini turut lahir pada 26 haribulan. Apa yang penting, Tengku Cleopatra Haidar sekarang berada di dalam keadaan sihat walafiat. Kata Linda Jasmine:-

Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna. Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi.

Mengenai pemilihan nama Cleopatra, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.

Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita

Buat masa ini, Linda dan suami masih belum bersedia untuk berkongsi gambar comel bayi mereka. Abang Nara pasti yang Tengku Cleopatra Haidar secomel mak dan ayahnya. Tahniah sekali lagi kepada Linda dan Que atas kelahiran ini. Kredit berita Mstar Online.