August 16th, 2017

Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam telah diberikan notis muflis melalui sebuah akhbar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keratan akhbar notis tersebut telah menjadi viral di media sosial dengan kebanyakan Netizen mengkritik Sam kerana tidak menguruskan pembayaran cukai dengan baik.

Gambar: Star 2

Sam kemudiannya dikatakan berasa bingung kerana dia tidak pernah diberitahu oleh LHDN mengenai status muflis tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya

Sam memberitahu Harian Metro:

Beberapa minggu lalu, wakil mereka ada datang berjumpa saya di rumah tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa pun mengenai muflis.

Ejen yang menguruskan cukai saya juga sudah beberapa kali ke pejabat LHDN sebelum ini. Tetapi, mereka juga tidak diberitahu apa-apa mengenai status saya.

Dia juga memberitahu dia menunggu penjelasan dari LHDN:

Sehingga sekarang saya masih menunggu penjelasan sebenar daripada mereka dan berharap mendapat maklum balas hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Malim berkata, masih ada selebriti yang akan diberi notis muflis selepas ini:

Saya tidak mahu kata ramai (artis), tetapi dalam rekod kami, memang ada selebriti yang akan dikenakan tindakan serupa (seperti Sam) selepas ini.

Hanya tunggu masa saja. Jika mereka tidak mengambil usaha untuk menjelaskan tunggakan, mereka boleh dibawa ke mahkamah dan seterusnya diambil tindakan muflis. Ia adalah prosedur biasa dalam pungutan cukai.

Masrun menambah, selebriti sendiri perlu bertanggungjawab mencari maklumat mengenai cukai dan bukan tanggungjawab LHDN memberitahu mereka:

Segala maklumat mengenai tanggungjawab percukaian boleh dicari di laman sesawang LHDN.

Terpulang kepada selebriti itu untuk mengambil tahu mengenai cukai mereka. Jika masih tidak faham, mereka boleh berjumpa pegawai kami bagi mendapatkan penerangan.

Jangan hanya tunggu kami datang kepada mereka. Prosedur tetap sama untuk semua orang dan tiada yang istimewa.

Enggan menjadikan media sebagai medan perbalahan, Masrun meminta Sam atau wakilnya datang ke LHDN segera kerana notis muflis yang dikeluarkan telah mengikut prosedur dan mendapat kebenaran mahkamah. – beautifulnara.com

Sumber: BH Online, mStar

August 10th, 2017

Sudah pasti Shaheizy Sam terkejut beruk apabila melihat notis kebankrapan dirinya yang telah dikeluarkan di suratkhabar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 26 Mei yang lalu. Benda bankrap ini bukan boleh buat main-main. Keratan notis tersebut hanya disedari oleh Shaheizy Sam selepas ia menjadi viral di laman sosial.

shaheizy sam

Shaheizy Sam melahirkan rasa terkejutnya dengan notis tersebut. Kini Shaheizy Sam sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada LHDN tentang hal ini. Kata Shaheizy Sam:-

I’m not aware of this. No one from LHDN came to me and no notice from them and my tax agent. Even my tax agent [dok] naik turun LHDN these past few months.

Yes. In fact the person from LHDN came to my house last two weeks and hand me over a CP 500 letter [notis anggaran berapa bayaran harus dibayar tahun ini] and still takde mention all this.

shaheizy sam

Sebelum ini Nelydia Senrose turut menerima waran tangkap dari LHDN berhubungkait dengan pembayaran cukai, namun ia telah diselesaikan secara baik. Abang Nara pasti ada berlaku silap faham antara pihak Shaheizy Sam dan LHDN. Kalau dibawa berbincang, pasti akan diselesaikan dalam sekelip mata. Sumber Astro Awani.

May 17th, 2017

Isu bayaran cukai yang melibatkan karyawan dan penggiat seni tanah air sering menjadi topik utama di media massa. Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia ada mencadangkan supaya golongan tersebut diberikan kelonggaran untuk pembayaran cukai berikutan pendapatan mereka yang tidak tetap.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata,  pihak LHDN perlu memberikan penerangan yang jelas mengenai pembayaran cukai agar tidak menimbulkan kekeliruan di masa depan.

Oleh itu, kementerian mencadangkan diberikan fleksibiliti berkaitan pembayaran cukai kerana karyawan dan penggiat seni adalah profesion yang berbeza dengan pekerjaan yang lain.

Datuk Seri Dr . Salleh mengulas mengenai perkara itu ketika menghadiri Majlis Sepetang Mesra bersama karyawan seni anjuran LHDN dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.  Kira-kira 200 karyawan seni hadir termasuk Datuk Norman Abdul Halim (KRU), Datuk Ziela Jalil dan Datuk Yusof Haslam.

Dalam majlis itu turut diadakan sesi dialog antara karyawan seni dengan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.

Sumber Berita : Utusan Online

May 1st, 2017

Baru berusia tiga tahun, anak pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana sudah mempunyai program beliau sendiri, menerima pelbagai tawaran iklan dan lain-lain. Pendek kata, Lara sebenarnya sudah menjana pendapatan sendiri.

Susulan dengan peraturan yang ditetapkan oleh LHDN,  menurut Scha beliau dan Awal sudah melantik ejen untuk menguruskan pendapatan Lara. Malah, Lara sudah ada fail cukai pendapatan beliau di LHDN.

Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami. Malah, Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini.

Nampaknya kini bukan sahaja artis yang perlu membayar cukai tetapi anak artis yang juga sama popular seperti ibu dan bapa mereka.

Sumber Berita : Berita Harian